-->

Gua Conviction: Penemuan Gua Baharu di Taman Negara Mulu, Miri

Penemuan Gua Baharu di Taman Negara Mulu, Miri



Sebuah gua baharu yang terletak berhampiran dengan Taman Negara Gunung Mulu, Miri telah ditemui oleh sekumpuluan penjelajah gua. Berita mengenai pengumuman tersebut tleah diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Tan Sri Adenan Satem pada 6 November 2015 yang lepas. Gua baharu tersebut dianggarkan berusia lebih Enam Juta Tahun dan telah ditemui oleh seorang Penyelidik Veteran yang berasal dari Hampshire, United Kingdom iaitu Andy Eavis. Penyelidik veteran ini sekali lagi mencipta kejayaan dengan membongkar penemuan gua baharu ini yang dikenali sebagai GUA CONVICTION, setelah hampir 40 tahun menemui rangkaian gua di Taman Negara Mulu, Miri. 

Menurut penyelidik veteran tersebut lagi, ekspedisi sebelum penemuan gua baharu ini adalah sangat mencabar terutama keadaan geografi pergunungan dan terpaksa mengharungi perjalanan lebih 9 jam untuk sampai ke pintu gua tersebut.

Penemuan gua baharu ini dijangka akan memberi manfaat dan kebaikan kepada Sarawak khususnya industri pelancongan negeri ini. Antara gua lain yang terletak berdekatan dengan Gua Mulu ialah Gua Rusa dan Gua Air Jernih. Jujurnya, penulis sendiri belum lagi berkesempatan untuk menerokai Gua-gua yang terdapat di Sarawak ini. Gua Angin di Bau, Sarawak itu pun, penulis belum lagi berpeluang untuk meneroka atas kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan. Insyaallah, ada kesempatan, sihat tubuh badan, penulis sendiri nak teroka gua-gua di kepulauan Borneo ni. 



Ok lah, sedikit Info Menarik tentang Gua Baharu ditemui di Sarawak ini adalah: 


Gambar Ramli Ahmad, Sarawak Forestry Corporation, 7 November, 2015.
Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gua-baharu-ditemui-di-miri-dinamakan-conviction-cave#sthash.ZunDoMZx.dpuf


a
  • Dikenali sebagai Gua Conviction
  • Ditemui Penyelidik Veteran dari UK, Andy Eavis pada 15 Oktober 2015 
  • Dianggarkan berusia lebih 6 juta tahun 
  • Laluan sepanjang 3.2km. 
  • Kedalaman lebih 100 meter 
  • Antara 20 lohong gua terbesar di dunia
  • Belum ada sesiapa yang pernah memasuki gua itu termasuk Pribumi tempatan pun tidak tahu tentang kewujudannya
  • Terdapat pembentukan batu kapur berbentuk menegak dan tajam di dalamnya serta ada satu lubang besar lebih 100 meter

Sumber info:



Baca juga:

0 Comments



Emoticon