-->

Tempah Hotel Guna Booking.com


Tempah Hotel Guna Booking.com

Booking.com, ini merupakan website untuk booking hotel keempat yang saya guna selepas Agoda, HotelTravel, dan AirAsiaGo. Kali ini, apa yang menarik minat saya untuk menempah bilik hotel menerusi website ini adalah 'FREE CANCELLATION' pada 2 atau 1 hari sebelum tarikh kita check in. Misal contoh, saya bakal check in pada 19 November 2015, namun terpaksa cancel program last minit, maka saya boleh buat pembatalan booking 1 - 2 hari sebelum tarikh yang saya telah booking.

Selain pembatalan bilik percuma, menerusi Booking.com juga, saya dapat membuat tempahan bilik tanpa sebarang bayaran terlebih dahulu, dan hanya perlu membayar ketika check in di hotel tersebut. Mudahkan. Namun demikian, saya perlu menyertakan maklumat kad kredit/debit bagi tujuan pengesahan tempahan yang dibuat. Yang ni, saya tak berani la pulak nak bagi detail kad kredit, jadinya saya hanya bagi detail kat debit saya yang kurang aktif dan kurang sen nya. Haha.

Sumber: Booking.com

So far, bagi saya, website Booking.com ni sangat mudah diguna. Proses tempahan bilik yang mudah, dan selepas tempahan dibuat, kita juga masih dapat untuk membuat sebarang perubahan. Contohnya, nak upgrade bilik atau nak kurangkan tempoh tempahan bilik.
Jadi, website ni, mungkin akan jadi pilihan tetap saya selepas ini. InsyaAllah jika tiada website lain yang mampu memberi saingan lebih sengit. 

Baca juga:

0 Comments



Emoticon