Minggu lepas, saya berkesempatan pergi ke Plaza Low Yatt KL bagi menemani famili abang ipar yang nak survey dan beli PSP untuk anak dia bersempena hadiah keputusan UPSR. Bertuah tol budak-budak sekarang ni.
Plaza Low Yatt ni terletak betul-betul di belakang bangunan Sungei Wang Plaza. Low Yat ni kiranya macam satu pusat sehenti untuk membeli barangan elektronik dan gadjet seperti playstation, handphone,laptop dan camera.
Saya berminat survey dua barang ni je iaitu PS3 dan PS4. Harga paling termurah yang dioffer di sini bagi PS3 adalah RM750 manakala harga PS4 pula adalah RM1350. Nanti nak try survey di Kuching pula berapa harga. Kalau lebih kurang ja, rasanya better beli di Kuching, sebab anything happen kita boleh bawa balik ke kedai. Untuk harga-harga hp saya memang tak tanya sebab tak berminat. :-) Rasanya maybe murah, tapi awas jangan sampai kena hp yang tak ori pulak.
Tags:
#Harga PS3 PS4#Reviews
0 Comments