Jalan-jalan selepas selesai kerja di Bako, saya dan rakan sekerja singgah makan tengahari di Teh Tarek Kafetaria Medan Hamidah. Apa yang saya suka di sini adalah kepelbagaian stall dan menu yang ada. Sebut je anda nak makan apa, InsyaAllah semuanya ada di sini.
Antara menu-menu menarik yang ada di sini adalah Nasi Kukus Ayam berempah, Nasi Arab, Nasi Kerabu, Nasi Beriyani, Mee Kolok, Mee Jawa, Roti Canai, Nasi Lemak, Nasi Ayam Penyet, Rojak Ayam dan banyak lagi. Bagi saya, rata-rata menu di sini sedap-sedap. Pada sebelah malamnya pula, saya sangat recommend anda untuk mencuba Ayam Panggang Madu dan Char Kue Tiaw Penang di sini. Sangat sedap!!
Oklah, apa yang saya order bagi makan tengahari saya kali ini adalah Nasi Kukus Ayam Berempah yang berharga RM5.00. Bagi saya, rasa Nasi Kukus Ayam Berempah ini tidak mengecewakan saya dan kuah nya mempunyai keunikan rasanya tersendiri.
Nasi Kukus Ayam Berempah |
2 Comments