-->

Pak Cik Putu Mayung @ Kuching

Sabtu yang lepas ketika on the way nak masuk ke kedai kain di Seberang Waterfront Kuching, mata saya terpandang pak cik putu mayung yang tengah promote Putu Mayung. Saya kenal dengan pak cik ni, sebab dulu-dulu selalu juga beli putu mayung dengan pak cik ni. Kalau dulu, pak cik ni selalu berjaja Putu Mayung nya di kawasan Satok. Dan patutla sekarang tak jumpa lagi, rupanya pak cik ni dah beralih tumpuan di kawasan Pasar India Street berdekatan dengan Waterfront ni.


Putu mayung yang masih panas lagi. Fresh dari oven.. Hehe




Yang membuatkan saya makin teruja nak beli sebabnya putu mayung tu masih tinggi membukit, dan tu maksudnya pak cik tu baru saja mula berjual. Dan pastinya putu mayung tu pun masih fresh dari oven. Putu Mayung ni dijual dengan harga RM1 dapat 4 putu mayung beserta cicah serbuk gula apong dan nyiur.

Bagi saya, putu mayung pak cik ini tetap terbaik di Kuching setakat ini. Rasa putu mayung nya yang gebus dan pencicahnya yang sedap. Memang terbaik dan best. Kalau anda ada pergi ke Kedai kain Satex di Kuching terutamanya pada waktu petang, bolehlah mencari kelibat pak cik ini yang menggunakan motosikal. Saya pasti anda akan berpuas hati. Tapi ingat tau, kalau nak lagi sedap, kena makan time panas-panas. Barulah PERGHHH!!!

Baca juga:

0 Comments



Emoticon