Kos Pindah Masuk Rumah Yang Baru Siap
Setelah setahun ke dua tahun penantian menunggu rumah yang telah diluluskan pinjaman pembelian rumah siap sepenuhnya, dan kini tiba masanya pula untuk kita mula menekan button kalkulator. Perlu diingatkan di sini, rumah yang kita beli belum lagi ditambah nadi utama iaitu bekalan elektrik dan bekalan air, grill pintu dan tingkap, lampu, dan juga kipas. Jadi, sebelum rumah siap lagi, kita seharusnya sudah mula menyimpan atau menyediakan bajet untuk keperluan menyiapkan aksesori rumah yang bakal kita pindah masuk.
Selain itu, ada beberapa aksesori rumah lain yang perlu kita letak dalam checklist utama, iaitu 'Rod untuk memasang Langsir' dan juga Langsir. Untuk rumah yang tidak mempunyai banyak tingkap, kos untuk rod dan langsir mungkin tidak besar, tetapi untuk mereka yang mempunyai rezeki lebih dan dapat rumah lebih besar, maka, besar juga lah ongkosnya untuk keperluan memasang rod dan langsir. Mustahil pula kita nak pindah masuk rumah, dengan biarkan tingkap macam akuarium di malam hari. Tak sanggup saya nak jadi ikannya. Haha.
Jadi berapa ANGGARAN bajet yang kita perlukan sebelum pindah masuk rumah baru siap??? Jom, saya kongsikan sedikit pengalaman saya dalam mengurus urusan rumah saya yang baru siap sepenuhnya Januari 2016 lepas. Kos saya ini adalah yang paling minimum. Boleh cut cost bahagian rod langsir dan juga langsir. Mungkin boleh guna rod dan jenis kain langsir yang lebih murah. Jenis rumah adalah 'Rumah Dua Tingkat Tengah' atau dalam bahasa omputehnya Double-Storey Intermediate.
Anggaran Bajet atau KOS yang diperlukan untuk pindah masuk rumah baru:
Jenis rumah: Dua Tingkat Tengah
- Bekalan Elektrik: RM600
- Bekalan Air : RM400
- Kos Grill Tingkap & Pintu : RM4400
- Kos Rod Langsir bagi 5 tingkap: RM500
- Kos Langsir bagi 5 tingkap: RM1500 ( Makin mahal jenis kain, makin besar ye bajet anda)
- Kos wiring semula: RM2000
- Kos Lampu LED (Ruang tamu sahaja): RM55 x 10 = RM550
- Kos Kipas 3 unit (bahagian bawah sahaja) : RM180 x 3 unit = RM540
Jumlah Anggaran Bajet atau KOS yang diperlukan adalah : RM10,490
Perkara yang saya BOLD kan hitam itu, adalah yang sudah saya selesaikan. Hanya tinggal rod langsir, langsir dan wiring semula yang saya perlu perhalusikan lagi. Nak cari yang lagi murah. Haha. Terpaksa buat pelan-pelan. Bajet banyak dah ke laut atas sebab bayar yuran belajar. Hatdoi. Mungkin perkongsian saya ini dapat dijadikan panduan buat anda yang tengah dalam proses nak menyiapkan rumah anda sebelum pindah masuk. Selamat mengalirkan wang anda. :)
0 Comments