Trip ke Pulau Tuba, Langkawi, 11.3.2016 (Day 2)
Perjalanan yang dirancang last minute. Malam sebelum trip, saya baru usya beberapa blog yang dah pernah trip ke Pulau Tuba. Trip ni dibuat sebab Mak yang teringin sangat nak tengok Pulau Tuba. Ini penangan Mentor Millinea la ni, sebab setiap minggu Mak akan layan rancangan ni. Dan favourite protégé dia of course la Qody yang berasal dari Pulau Tuba, Langkawi. Saya Dan husband memang minat juga ngn Qody, tapi takda la sampai nak tengok kampung halaman Dia.
Tapi demi Mak Tercinta, saya gagahkan hati juga nak tahu macam mana nak ke Pulau Tuba. Info Dari kakak Sewa kereta, dia bagitau nak ke Pulau Tuba kena naik boat pancung Dan Sewa naik boat seorang adalah RM5.00 sekali perjalanan. Tapi, kena tunggu boat sampai penuh la baru Jalan.
Keesokkannya, selepas Solat Jumaat, kami ke Jeti Kuah untuk tau macam mana nak ke Pulau Tuba. Abang yang jaga parking kat jeti bagi info, kat jeti Kuah takda boat ke Pulau Tuba. Ada dua jeti je yang ada service ke Pulau Tuba iaitu Jeti berdekatan Yatch Dan Jeti dekat dengan Pasar Rabu. Kami pergi ke Pasar Rabu, malangnya Tiada boat pergi ke Pulau Tuba. Jadi, kami mencuba nasib untuk ke Jeti di Yatch. Alhamdulillah, dpermudahkan urusan kami. Kat situ memang tempat boat untuk ke Pulau Tuba. Abang boat sana bagitau kalau seorang RM5.00 tapi kena tunggu boat penuh baru Jalan. Dan kalau nak Jalan terus boleh cater sebuah boat terus Dan caj RM60 satu perjalanan. Maknanya, Sewa boat untuk ulang alik ke Pulau Tuba adalah RM120. OK lah tu, sebab kami sayangkan masa, so boleh gerak cepat.
Perjalanan ke Pulau Tuba mengambil masa lebih kurang 15 minit -20 minit menggunakan boat. Sampai je di Jeti Pulau Tuba, kami Sewa van yang telah abang boat call untuk kami. Sewa van untuk bawa kami trip menjelajah sekitar Pulau Tuba adalah RM60.
Trip ke Pulau Tuba ni amat bermakna buat kami sekeluarga sebabnya kami berpeluang bertandang ke rumah Qody. Rezeki Mak juga, sebab Qody baru je balik ke kampung halaman. Excited betul kami dapat jumpa dengan Qody. Keluarga Qody semua friendly2, terutama kakak Qody. Kita sembang macam dah Lama kenal. Thanks Qody Dan famili atas layanan kepada kami sekeluarga. Really appreciated it. Semoga Qody berjaya dalam dunia seni. Aminn..
Pulau Tuba ni adalah perkampungan nelayan. Tapi, melalui mata saya, Pulau Tuba ni sangat cantik Dan aman je. Sangat rileks berasa di sini. Kalau nak stay di sini, jangan risau ada perkhidmatan Homestay disediakan dengan harga yang berpatutan. Trip kami ke Pulau Tuba bermula pukul 2.30 petang, dan balik semula ke Jeti sekitar jam 6.00 petang.
Pulau Tuba |
Jeti Pulau Tuba |
Jeti Pulau Tuba |
Perjalanan ke Pulau Tuba |
Sekitar pemandangan indah di Jeti Pulau Tuba, Langkawi |
Gambar kenangan bersama Qody Mentor Dan famili |
0 Comments