Powered by Blogger.

Laksa Sarawak Ambal di Warung Nusantara, Icom Square

Laksa Sarawak Ambal di Warung Nusantara, Icom Square.

Akhirnya tercapai jugak impian anak tekak ni nak merasa Zan's Laksa Sarawak Ambal. Hari ini saya order semangkuk Laksa Sarawak Ambal (saiz kecil) yang berharga RM8.00. Beza laksa Sarawak ambal untuk saiz kecil hanya ada Ambal, Dan saiz besar ada Ambal Dan juga udang.

Sedap ke tidak laksa Sarawak ambal ni??? Saya bagi rating 9/10. Memang perghhh.. Rasa Kuah dia cukup Dan sambal belacan dia pun sedap. Semangkuk Laksa Ambal yang saya makan tadi memang meriah betul dengan Ambal. Saya kira dalam 6 ekor Ambal yang mereka letak. Puas hati jugak la.

Jadi, kalau anda ada rakan atau pengunjung Dari luar yang nak merasa keunikan makanan Sarawak, bolehlahh singgah di Kedai Warung Nusantara, ICOM Square Dan cari stall Zan's Laksa Sarawak. Berbaloi-baloi.

Laksa Sarawak Ambal

Port baru untuk lepak lepas ni..

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Laksa Sarawak Ambal di Warung Nusantara, Icom Square"

correction👉
Zan's Sarawak Laksa

Salam..thanks utk correction.. ;)

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top