Powered by Blogger.

Resepi mudah Kari Ikan Baba's

Resepi mudah Kari Ikan Baba's

Tekak tiba-tiba teringin pulak nak makan Kari Ikan yang dicampur dengan sayur Bendi. Jadi, semalam pergi beli semua bahan-bahan yang diperlukan termasuklah Serbuk Kari Ikan Baba's. Saya lebih suka rasa Kari menggunakan serbuk Kari Ikan Baba's ni. Rasa Kari dia lebih sedap Dan kaw. Jom kita usya resepi Kari Ikan Baba's yang sangat mudah Dan sedap ni.

Bahan-bahan:
1 kg Ikan (jenis ikan terpulang ya)
3 sudu besar serbuk Kari Ikan Baba's
2 biji bawang Bombay
10 ulas bawang putih
2 inci halia
3 gelas santan pekat
2 tangkai daun Kari
5-10 tangkai Bendi (dipotong 2)
2 biji terung purple ( dipotong kecil)
1 mangkuk kecil Air Asam jawa
1 sudu besar serbuk cili giling
Garam Dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Basuh ikan dengan air Asam Jawa Dan setelah siap dibasuh, lumur ikan dengan kunyit.

2. Kisar bawang bombang, bawang putih, halia Dan serbuk giling.

3. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.

4. Masukkan serbuk Kari yang sudah diadun dengan air ke dalam bahan yang ditumis. Gaul rata Dan masukkan daun Kari.

5. Kemudian, masukkan ikan Dan digaul rata. Waktu Gaul kena hati-hati sebab nak elak isi ikan daripada hancur.

6. Setelah ITU, masukkan air santan Dan Gaul rata.

7. Masukkan air Asam Jawa. Gaul rata.

8. Setelah ikan hampir masak, masukkan sayur Bendi Dan terung. Perasa garam Dan gula.  Kalau suka Masin, lebih kan garam. Hehe.

9. Siap untuk dihidang.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi mudah Kari Ikan Baba's"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top