-->

Percubaan Simkad ALTEL

Percubaan Simkad ALTEL

Dah Lama mencari branch yang ADA jual simkad Altel ni di Kuching. Pergi kat UTC dulu, dah jumpa branch nya tapi person in charge takda pulak. Jadi sampai kesudah tak tercari balik dengan simkad altel ni.

Nak dijadikan cerita, sewaktu menjaga pameran di Program Sejiwa Senada di Metrocity Matang, ketika round-round sekitar booth lain, saya terjumpa booth altel ni. Apa lagi macam cicak jumpa semut la. Haha . terus mintak Akak altel tu explain detail pasal simkad altel ni.

Kalau ikutkan yang Akak tu explain Dan brochure, memang nampak beberapa kelebihan Dan kenaikan Altel ni. Antara yang paling utama adalah;

1. Tempoh jangka hayat kredit yang lebih lama iaitu 90 hari. Lama kan? Takda la kita ni jenuh asyik nak topup HP.

2. Tempoh aktif 365 hari. Maksudnya setelah lepas tempoh aktif kredit, anda punya 365 hari lagi tempoh untuk sim anda kekal Dan tidak diterminate. Bagus kan.

3. Data Internet yang lebih murah. Tapi kan, APA yang saya tengok setakat ni, data Internet agak slow compare tu Digi. Tak tau la kalau sebab tempat saya coverage tak berapa kuat. Takpa. Saya on je dulu. Sebab Sayang jugak dah relod rm50 hari tu.

Apa-apa pun saya tak dapat nak suggest atau promote dulu simkad altel ni. Sebab saya nak tengok performance dia dulu. OK ke tak dia punya coverage and Internet. Harapnya OK la ya.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon