Burger Cheese Spread @ Kuching Food Kartel
Setelah menaun tak makan Charcoal Burger ni, akhirnya terbukak balik pintu hati nak makan. Kebetulan terserempak dengan food truck Kuching Food kartel ni di tapak karnival sejiwa senada di Metrocity, Matang semalam.
Saya order Burger Cheese Spread yang berharga RM6.00. Entah kenapa sekarang ni saya gila sangat nak makan cheese kuning ni. Sampai termimpi-mimpi. Haha.
Bagi saya, rasa Burger Cheese Spread ni memang sedap. Terbaik. Tak sia-sia saya menunggu Lama sebab beef baru sampai stok. Rasa cheese dia memang perghh.
Untuk yang tak berkesempatan nak jumpa food truck dieorang ni, boleh juga pergi ke outlet mereka di Satok bersebelàhan dengan Inamas Cafe Dan Ses Pesona, Satok. Dan nak sentiasa update Dan tahu kat mana lokasi food truck mereka ni, anda juga boleh add fanpage fb mereka iaitu Kuching Food Kartel.
Burger Cheese Spread |
Food truck Kuching Food Kartel |
0 Comments