Resepi mudah Terung Masak Kicap
Bahan-bahan:
5 biji terung dipotong kecil
1 biji bawang Bombay
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili padi
Kicap
Garam secukup rasa
1 senduk besar minyak masak untuk menumis.
Cara-cara:
1. Tumbuk bawang Bombay, cili padi Dan bawang putih hingga lumat.
2. Panaskan minyak Dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi. Tumis sehingga naik Bau.
3. Masukkan kicap Dan garam. Selepas itu, masukkan terung dam dikacau rata.
4. Letak air masak sedikit untuk Kuah.
5. Siap untuk dihidang!
0 Comments