Resepi Ikan Kerapu Masak Stim Tiram
Hari ini berubah selera makan ikan stim lagi. Ikan utama nya adalah ikan kerapu dan diapit oleh dua pengawal setia iaitu ikan jenahak. Haha. Teringin nak rasa kerapu stim dan dalam masa yang sama teringin nak rasa ikan jenahak dibuat stim.
Resepi untuk masak ikan stim kerapu tiram ni sama saja dengan resepi ikan merah stim sebelum ini. Jom terjah. Resepi saya OFCourse yang mudah lagi ringkas.
Resepi Ikan Kerapu Masak Stim Tiram
Bahan-bahan:
1 ekor Ikan kerapu
2 ekor ikan jenahak (ni saya saja suka tambah-tambah)
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 8 ulas
4 biji Cili padi
2 1/2 inci halia
Bunga kobis
1 batang Lobak
6 biji cendawan shiitake (rendam & potong)
3 biji tomato
5 sudu makan sos tiram dibancuh air panas
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
2 ekor ikan jenahak (ni saya saja suka tambah-tambah)
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 8 ulas
4 biji Cili padi
2 1/2 inci halia
Bunga kobis
1 batang Lobak
6 biji cendawan shiitake (rendam & potong)
3 biji tomato
5 sudu makan sos tiram dibancuh air panas
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Siang ikan dan rendam ikan dengan air asam jawa atau belimbing buluh untuk buang hanyir ikan. Rendam sebentar dengan air asam.
2. Tabur sedikit garam pada bahagian dalam dan luar ikan.
3. Letak bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dipotong kecil pada sekitar badan ikan termasuk bahagian dalam ikan.
4. Tuangkan bancuhan sos tiram pada ikan-ikan .
5. Susun bunga kobis, lobak, cendawan shiitake dan tomato di sekitar ikan .
6. Tabur serbuk kiub pati ayam pada ikan.
7. Panaskan kukusan sehingga mendidih dan kukus ikan lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.
8. Siap untuk dihidang.
Ikan Kerapu Masak Stim Tiram |
0 Comments