Resepi Ikan Merah Masak Stim
Dah 2 minggu tekak ni teringin nak makan ikan stim, tapi belum berkesempatan nak masak. Semalam memang rasa dah ditekak dah nak makan ikan stim. Ikan untuk di stim dah dibeli di petanak malam sebelumnya. Saya beli 2 ekor ikan merah bersaiz medium dan jumlah harga adalah RM25. Ikan merah ni dijual pada harga RM20/kg. Harga ikan memang naik bulan ni, musim laut tak berapa elok cuaca, jadi mungkin stok ikan agak susah sikit.
Berbalik kepada ikan stim ni, saya seperti biasa hanya Google sahaja resepi untuk masak ikan stim ni. Kalau diikutkan ada yang masak dengan lebih banyak bahan-bahan. Tapi sebab stok bahan mentah di dapur saya agak kurang, saya cuba buat dengan resepi saya sendiri dan yang penting rasanya tidak mengecewakan.
Perkara paling utama untuk elak ikan ni hanyir atau lantoh (bahasa Sarawak), selepas siang ikan, cuci dan rendam ikan dengan air asam jawa atau jeruk belimbing buluh.
Resepi Ikan Merah Masak Stim
Bahan-bahan:
1 ekor ikan merah yang telah disiang (medium/large size)
4 biji bawang merah (dipotong kecil)
5 biji bawang putih (dipotong kecil)
3 inci halia (dipotong kecil dan memanjang)
4 biji cendawan shiitake (direndam & dipotong )
Bunga kobis (potong kecil & terpulang nak letak banyak mana)
1 biji tomato (potong kecil atau dadu)
1 biji capsicum merah (potong dadu)
3 sudu sos tiram (dibancuh dengan sedikit air)
Garam secukup rasa
Sedikit daun sup (untuk hiasan atas ikan)
4 biji bawang merah (dipotong kecil)
5 biji bawang putih (dipotong kecil)
3 inci halia (dipotong kecil dan memanjang)
4 biji cendawan shiitake (direndam & dipotong )
Bunga kobis (potong kecil & terpulang nak letak banyak mana)
1 biji tomato (potong kecil atau dadu)
1 biji capsicum merah (potong dadu)
3 sudu sos tiram (dibancuh dengan sedikit air)
Garam secukup rasa
Sedikit daun sup (untuk hiasan atas ikan)
Cara-cara:
1. Siang ikan merah, basuh dan rendam dengan air asam jawa selama 1/2 jam - 40 minit untuk hilangkan rasa hanyir ikan.
2. Kukus air dalam periuk kukus terlebih dahulu. Sementara tunggu air kukusan mendidih, anda bolehlah sediakan bahan untuk masak ikan merah.
3. Letak ikan merah ke dalam mangkuk kaca atau pinggan tahan panas, lumur sedikit garam pada bahagian dalam dan luar ikan.
4. Letakkan hirisan bawang putih, merah dan halia pada ikan termasuk bahagian dalam ikan.
5. Hiaskan bunga kobis, cendawan shiitake , capsicum dan tomato di sekeliling ikan merah.
6. Curahkan bancuhan sos tiram pada ikan.
7. Setelah air kukusan mendidih, kukus ikan merah yang telah siap dihias ke dalam periuk kukus. Kukus selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga ikan masak.
*Tips bagaimana nak tahu ikan dah masak ke belum, guna garfu dan pisau kecil, siatkan sikit isi ikan, kalau dah putih dan lembut je isi ikan, maksudnya ikan dah masak. Kalau masih liat, maksudnya tak masak lagi.
*Jangan terlampau lama juga kukus, takut isi ikan jadi keras. Tak sedap jugak.
All the best ye.
Ikan Merah Masak Stim |
0 Comments