-->

Tips-tips Membuat Kek Lapis Sarawak

Tips-tips Membuat Kek Lapis Sarawak

Rasanya macam tak layak je nak share tips-tips dalam membuat kek lapis Sarawak ni. Ye lah baru je beberapa kali membuat kek lapis. Alhamdulillah dalam beberapa kali membuat ni saya dapat belajar banyak benda dan perkara yang boleh diperbaiki dalam mendapatkan tekstur dan lapisan kek lapis yang cantik.

Antara tips dalam membuat kek lapis Sarawak adalah seperti berikut:

1. Setiap lapisan kek lapis tu anda kena pastikan menggunakan sukatan yang sama. Sebagai contoh untuk acuan 8.5"x8.5" setiap lapisan saya guna 10 sudu makan adunan. Pastikan setiap lapisan tu kena letak 10 sudu makan adunan. Terlebih terkurang akan menyebabkan ketinggian lapisan tidak sekata dan nampak tak cantik.

2. Bagi mengelakkan kek mengecut dan tepi kek menjauh dari dinding acuan, pastikan anda JANGAN sapukan Butter pada dinding acuan. Cukup hanya letak alas kertas kek. Calit Butter cukup sekadar untuk lekatkan alas kertas pada dinding acuan.

3. Hanya GUNA api ATAS sahaja untuk membakar setiap lapisan kek lapis Sarawak. Kalau guna api atas bawah, alamatnya rentunglah dasar kek anda.

4. Pastikan suhu tidak terlalu tinggi. Kalau oven faber saya, saya kawal suhu antara 150' ke 160' sahaja. Nak letak tinggi takut saya teralpa sekejap. Teralpa even 2 minit, alamatnya rentung lah kek kau. Saya dah kena. Nasib baik dapat korek tanggal je lapisan yang hangus tu.

5. Sentiasa ada berdekatan oven untuk pastikan lapisan kek masak. Lapisan tu cepat masak. Tak payah nak pergi baring ke apa. Alamatnya rentung la kek kau. Aku dah kena!!!

6. Haaa yang ini saya baru dapat tips dari member, sekiranya lapisan kek atau pertengahan kek ada yang masih belum masak, jangan teruskan membakar, sebab kek tu akan kering. Cara paling selamat adalah dengan mengukus kek yang telah siap dibakar tadi tapi belum masak kat tengah. Kukus dalam 1 jam setengah. Insyaallah kek korang akan masak sepenuhnya dan moist.  Saya dah alami situasi ni ketika masak kek lapis idola, bahagian coklat tak masak-masak lagi walaupun bahagian atas dah bau hangit. Last-last saya kukus saja. Memang menjadi. Rasa hangit pun kurang.

7. Kalau resepi suruh tapis tepung gandum, korang janganlah malas tau atau jangan derhaka dengan resepi. Korang gi je tapis tepung tu agar takda tepung yang kasar-kasar. Teksture tepung  yang bergumpal kasar tu yang akan menyebabkan adunan kek korang tak cantik.

8. Jangan potong kek lapis yang masih panas. Pastikan kek telah dibiarkan sejuk dalam suhu bilik. Atau paling cantik lagi kalau nak potong, bagi kek masuk dalam peti sejuk dahulu semalam. Cantik dan padat kek lapis tu nanti. Macam dalam gambar ni, kes orang tak sabar nak potong kek la ni, tu yang kek tak cantik dipotong.

Setakat ni, antara yang atas ni adalah tips-tips yang dapat saya share kan sepanjang proses saya yang telah membuat beberapa biji kek lapis Sarawak. Harap dapat membantu kawan-kawan di luar sana dalam membuat kek lapis Sarawak. 

Tips-tips Membuat Kek Lapis Sarawak

Baca juga:

1 Comments

avatar

terima kasihh! sangat membantuu saya masak kek idola gak tapi tengah tak masak, before ni okay ja tapi itulah hahhaah dapat tambah ilmu baru

Balas delete



Emoticon