Powered by Blogger.

Masalah PELUPA makin Menjadi-jadi

Sejak daripada lepas saya buat operation buang tiub fallopio sebelah kanan bulan Jun 2016, saya perasan yang saya makin jadi pelupa sangat-sangat.

Kadang-kadang saya boleh lupa apa yang baru saja saya cakap sebentar tadi. Terok kan. Dan baru-baru ni, bos saya ada mintak saya buat satu task, dan panjang jugak lah dia cakap, habis je cakap bos terus masok bilik. Beberapa minit kemudian saya yang tengah susun fail, tiba-tiba teringat bos ada mintak buat satu task, tapi saya langsung tak dapat nak recall balik. Last-last kena jumpa mengadap bos balik tanyak dia suruh buat apa tadi. Haha.

Bos cakap saja tajuk or point dia, terus saya dapat recall balik. Entahlah berapa lama akan jadi macam ni. Ada orang cakap, yang ni memang kesan daripada bius waktu nak operate tu. Tu yang tahap memori agak kurang sedikit. Harapnya tak makin kritikal lah. Naya juga kalau selalu macam ni.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Masalah PELUPA makin Menjadi-jadi"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top