-->

Review Maybeline Super BB Cushion

Review Maybeline Super BB Cushion

Maybelline Super BB Cushion

Dah hampir 3 bulan juga dah guna Maybeline Super BB Cushion ni. Sangat best guna Maybeline Super BB Cushion ni sebabnya segala mak datuk blackhead di muka terutamanya di hidung terus dapat disembunyikan selepas guna cushion ni.

Kiri sebelum guna Maybeline Super BB Cushion dan kanan selepas guna.


Selain tu, muka pun nampak flawless gitu. Harga boleh tahan juga, RM50+ juga aku beli di Facelook. Tapi jangan risau, korang takkan menyesal punya lepas guna Maybeline Super BB Cushion ni. Sesuai untuk muka yang berminyak dan yang penting blackhead anda dapat di cover ye. Tu yang penting. Nak picit pun jenuh jugak hari-hari. So kita tepek je dengan cushion cover Maybeline ni.

Sebelum ni aku ada juga guna cushion yang brand lain , tapi takda kesan yang mengujakan di muka aku yang sedia maklum banyak kesan-kesan kawah. So korang yang tengah usya cushion cover, bolehlah pertimbangkan untuk guna brand Maybelline ni ye. Memang berbaloi-baloi.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon