Pelan-pelan naaa. Hari ini aku berkesempatan nak kongsikan itinerary bagi trip percutian tak berapa nak bajet kami ke bumi Yogyakarta selama 5 hari 4 malam bermula dari 12 Oktober 2017 hingga 16 Oktober 2017 beserta dengan bajetnya.
|
Di Kali Biru. Di photo shot 1. Yogyakarta, Im In LOVE with u |
Penginapan di Malioboro Garden Hotel 5H4M: 1,200000 Rupiah (RM385)
Kos transport + Supir 5 Hari : 590,000 Rupiah (RM185/head)
12 Oktober 2017. Khamis (Sampai Adisucipto Airport dalam pukul 2.10 petang waktu Indonesia)
Pick up airport
Candi Prambanan (300k Rupiah)
Candi ijo (10000 Rupiah)
Tebing breksi (Free)
Cek in hotel free easy
13 Oktober 2017. Jumaat
Trip ke Merapi mount. Tour jeep Merapi (350k)
Lunch di Bale Kamben (Kos 307k untuk 4-5 orang makan)
Candi Borobudur (300k) + Naik train (7k) -yang ni kes malas nak jalan :P + Naik kereta kuda (75000)
Gereja ayam (10k) + Sewa Jeep ke Gereja Ayam ( tbu )
Dinner di Bebek Goreng H.Slamet (Asli) (300000)
Back hotel free easy
14 Oktober 2017. Sabtu
Jurang tembelan (Bayar ikhlas hati)
Rumah Hobbit atau Kampung Seribu Batu (TBU)
Hutan Pinus
Pantai timang + Kos Jeep ke Pantai Timang (300k) + Naik Gondola (200k)
Dinner di Pak Sis Lobster (600k) 6 ekor lobster, ikan bawal bakar, cumi goreng, sambal tempe
Back hotel free easy
15 Oktober 2017. Ahad
Kalibiru (TBU)
Tamansari (TBU)
Pantai Parangtritis
Gumuk pasir
Back hotel free easy
16 Oktober 2017. Isnin
Hantar airport. Flight pukul 1145 pagi.
Sabar ya, nanti aku akan buat entry setiap hari atau tempat yang telah dilawati. Laptop aku rosak, so agak kekangan sikit nak update blog. :(
Baca juga:
2 Comments