Assalamualaikum. Rasanya macam dah nak berkuap dah laman blog aku ni. Lama betol tak jengok, tak godek dan tak update dengan laman blog sahabat-sahabat blogger lain. Hilangnya aku dari radar bukan sebab apa pun, sebab utamanya, kekangan laptop dan gajet. So sekarang aku pinjam laptop adik aku sekejap. Minggu lepas aku bersama husband dan akak ipar + kawan dia buat trip percutian ke Yogyakarta, Indonesia bermula 12 hingga 16 Oktober 2017. 11 Oktober 2017 kami dah berangkat dari Kuching ke KLIA2 guna last flight yang telah pun didelay ke pukul 11.55 malam. Flight KL ke Yogyakarta pula adalah pada keesokan paginya iaitu pukul 9.05 pagi. Jadinya, malam tu aku lepak di Texas Chicken, KLIA2. Port lepak kami ni kalau kat KLIA2. Haha.
Flight kami dari KLIA2 ke Yogyakarta dengan penerbangan AK346 berlepas pada pukul 10.10 pagi dan sampai ke airport Adisucipto Yogyakarta Indonesia sekitar pukul 1.50 petang waktu tempatan. Tempoh perjalanan mengambil masa sekitar 2jam 40 minit. Disebabkan airport Adisucipto ni kecil je, jadi flight kami terpaksa buat pusingan dulu di udara untuk tunggu turn landing.
Bila dah sampai airport, seperti biasa kita kena lalu imigresen dulu dan isi borang declaration. Kat sini korang akan habis masa dalam setengah jam juga. Sabar ya buk. Dah selesai semua urusan, bermula lah urusan aku nak mencari pak supir nya pula. Aku dah siap-siap booking dengan Mas Heru Heriyanto, dan mas heru bilang yang mas ari yang akan bawa kami sepanjang di trip Yogyakarta ni. Dalam kalut mencari, ahh sudah, aku tak jumpa mas ari nya. Tanda nama aku pun tak jumpa. Atlast terpaksa juga aku on roaming aku untuk whatsapp mas heru nya, bagitau aku dah sampai dan tak jumpa sama mas Ari nya. Dapat contact, terus jumpa. Fuhhhh. Haaa.. baru part airport ni. Nanti aku sambung lagi ye. Ngantuk sudah. Banyak aku nak cerita ni. Sabarr ya buk. :)
apa-apa pun, aku nak bagitau yang Aku dah Jatuh Cinta Sama Bumi Yogyakarta. Jangan hairan kalau lepas ni, aku asyik buat trip ke Yogyakarta.
3 Comments