-->

Trip Percutian ke Yogyakarta (Day 4)

Kali Biru
Pemandangan di Spot 1, Kali Biru

Kali Biru adalah salah satu wisata di Yogyakarta yang mempunyai tarikan dan keunikannya sendiri. Jalan menuju ke Kali Boru ni boleh tahan menggerunkan juga. Laluan dia sangat kecil, lebih kurang sama besar je saya tengok dengan saiz kereta avanza yang kami naik. Dahlah jurang banyak. Seram. Keseraman dan kegerunan korang tu akan terubat bila dah sampai kat Kali Biru. Kat atas tu korang akan terpegun sekali lagi dengan pemandangan di atas sana. Cantik. Dan saya dan suami pilih spot 1 untuk rakamkan gambar di kali biru kami. Caj seprang untuk bergambar adalah 15,000 rupiah dan tidak terhad untuk pose. Namun hanya 4 softcopy gambar sahaja diberikan percuma dan selebihnya kena bayar. Disebabkan kesemua 28 keping gambar yang dirakamkan cantik-cantik, saya borong habis dengan bayaran sekitar RM30 juga lah. Bayarannya dalam rupiah lah. Just saya lebih ingat amaun dalam rm.


Gumuk Pasir




Gumuk Pasir
Yang menarik mengenai Gumuk Pasir ini adalah berada di kawasan Gumuk Pasir membuatkan anda berada seolah-olah di Padang pasir, yahabibi ya maulana. Teksture pasirnya yang halus dan kena lagi dengan cuaca panas, memang ngam lah. Tinggal nak cari unta nya lagi. :p Kat sini, kita boleh sewa sandboard iaitu kita bolehlah main ala-ala skating. Yang ni saya tak main, hanya tengok dari jauh sahaja. Kat sini kami tak lama, hanya sekadar ambil gambar dan singgah ke gerai seberang jalannya untuk makan mee POP. Ini kes kelaparan sudah.


Pantai Parangtritis
Pantai Parangtritis


Pantai Parangtritis ini berada tidak jauh dari Gumuk Pasir. Satu keunikan Pantai Parangtritis ini adalah pasir pantainya yang berwarna kehitaman. Kebetulan kami pergi ke pantai ini pada hari Ahad, jadinya ramai penduduk tempatan sedang berlibur di pantai. Mula-mula kami sampai di pantai Parangtritis ini, memang agak terpegun jugalah dengan suasana yang 'happening' di sini. Serius, ramai orang dan sangat meriah. Ombak pada hari itu agak mengganas juga lah. Seram nak mandi. Pantai Parangtritis ini boleh tahan juga panjangnya. Kalau nak jalan dari hujung pantai ke hujung satu lagi, anda bolehlah naik kereta kuda yang banyak ditawarkan di sepanjang pantai ni. Seronok juga kalau layan sunset di sini. Tapi sebab kami kesuntukan waktu nak beli buah tangan di Malioboro Street, tak dan nak tunggu sunsetnya. Terus ajak supir pecut ke Malioboro.

Pantai Parangtritis atau lebih dikenali sebagai Pantai Pasir
Hitam

Baca juga:

0 Comments



Emoticon