Powered by Blogger.

Resepi Kuih Kosoi Gula Apong

Resepi Kuih Kosoi Gula Apong

Kuih Kosoi atau lebih dikenali sebagai kuih kaswi di semenanjung Malaysia adalah salah satu kuih 'legend' di Sarawak. Sebab apa legend, sebabnya kuih kosoi ni adalah kuih tradisional atau kuih orang lama- lama dahulu dan kurang dikenali di kalangan anak-anak muda sekarang. Mungkin lah kot. Tapi untuk saya yang memang dilahirkan di kalangan orang yang buat kuih tradisi, memang tak miss lah kalau tak kenal kuih ni. Rasanya sedap dan boleh buat anda terlupa sesaat anda kat mana sekarang ni. Haha. Bha, jomlah kita terjah resepi kuih legend ni.

Resepi Kuih Kosoi Gula Apong

Bahan-bahan:
2 cawan tepong gndm
1/2 cawan tepung ubi
1/4 cawan gula pasir
1 cawan gula apong
5 cawan aek
1/2 suduk kapur

Cara-cara membuat:

1. Didihkan air, gula apong dan gula pasir di dalam periuk. Masukkan juga kapur dan gaul sebati. Dah didih, sejukkan sekejap adunan.

2. Campurkan tepung gandum dan tepung ubi.

3. Masukkan air didihan gula apong tadi ke dalam campuran tepung gandum dan tepung ubi sedikit demi sedikit. Gaul sebati.

4. Tapis adunan ke dalam bekas yang lain. Ini bagi mendapatkan adunan yang halus dan tiada ketulan tepung lagi.

5. Sediakan acuan 8'x8' dan alas plastik, masukkan adunan kuih, dan kukus adunan selama lebih kurang 1 jam atau sehingga masak.

Tips potong kuih kosoi: tunggu kuih sejok dahulu, sebelum potong.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Kuih Kosoi Gula Apong"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top