Tahun Baru 2018 & Azam dot dot dot

Assalamualaikum semua. Alhamdulilah. Kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ni. Terima kasih Ya Allah. Tahun baru 2018 ni, agak-agak azam tahun 2017 dah tercapai ke tak??



Kalau aku, azam tahun 2017 banyak yang tak tercapai. Jadi azam tu akan diteruskan tahun ini. Yang paling penting, azam dan niat utama aku adalah semoga aku dan suami dikurniakan zuriat tahun ni. Memang kami kena usaha lebih lagi ni. Doakan aku ya kawan-kawan.

Pada hari pertama di tahun 2018 ni, aku tak mensia-siakan cuti umum yang diberi. Pagi ni aku mula berjuang membuat Kek Belacan lumut cheese. Waisehhh. Alhamdulillah.. Menjadi juga kek nya. Just belum dipotong lagi sebab masih panas. Kek ni direquer oleh akak sulung aku yang nun berada di Klang sana. Semoga sedap la kek ni di tekak beliau ye. Dah siap kek, aku merajinkan diri pulak untuk buat karipap sardin. Siap aku buat frozen lagi tu. Nampaknya terlebih rajin la pulak.

Oklah, aazam aku seterusnya adalah aku nak makin rajin masak dan cuba menu-menu baru. Dan tajamkan skil di dapur ni. So azam korang pulak macam mana???

Baca juga:

Tags:

1 Comments

avatar

Selamat tahun baru 2018, azam tahun baru nak cuba resepi baru dan travel lebih dari tahun sebelum :)

Balas delete



Emoticon