Powered by Blogger.

Resepi Muffin Coklat Yang Terlajak Sedap

Resepi Muffin Coklat Terlajak sedap

Hi. Esok saya dapat jemputan ke Majlis Birthday anak saudara. Jadi tak tau nak buat apa sebagai buah tangan, akhirnya saya pakat nak buat muffin coklat. Jenuh google resepi muffin yang sedap, dan bahan ringkas je. Setelah puas menggodek blog, akhirnya saya terpaut terpikat nak ikut resepi dari sis Azie Kitchen. Jom lah  kita terjah ya.

Muffin Coklat 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan

Bahan A

2 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder*
2 sudu kecil soda bikarbonate*
3 sudu kecil nescafe
Sedikit garam

(Yang bertanda * saya tukar guna tepung naik sendiri je)

Bahan B

2 cawan gula kastor (guna 1 3/4 cwn je)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur

Bahan C
3/4 cawan air panas

Cara-cara:

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.

Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.

Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.

Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak. 

Bagikan :
+
Next
This is the current newest page
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Resepi Muffin Coklat Yang Terlajak Sedap"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top