-->

Proses FNAC untuk ambil Sel Ketumbuhan atau Ketulan

Pada 21/9/2016 yang lepas, aku telah buat Follow-up bagi menjalani Prosedure FNAC iaitu Fine needle aspiration cytology bagi mengambil sedikit isi atau sel dari cyst atau ketulan dari Right Breast.

Merujuk di Wikipedia, Fine-needle aspiration cytology (FNAC)
adalah satu prosedur diagnostik yang digunakan untuk menyiasat ketulan atau gumpalan. Dalam teknik ini, jarum halus berongga dimasukkan ke dalam kawasan anggota badan terlibat untuk persampelan sel ketulan atau gumpalan, dan sel tersebut akan diperiksa di bawah mikroskop.


Ketika menjalani Prosedure FNAC di Klinik Surgical, Klinik Pakar Hospital Umum Sarawak, aku terpaksa kena cucuk dengan jarum sebanyak 4 kali disebabkan doktor yang pertama buat Prosedure itu tak berjaya mendapatkan sel atau isi daripada ketulan tu. Bila doktor kedua buat, iaitu kali keempat, baru lah berjaya. Tu pun doktor yang last agak gigih mencucuk-cucuk jarum tu untuk mendapatkan sel ketumbuhan.

Ohya, sebelum aku dicucuk jarum tu, staff nurse yang assist akan sapu alkohol dahulu dan spray bagi kebas sedikit pada bahagian yang nak dicucuk. Then bila dah ada rasa kebas sikit, baru doktor cucuk jarum yang sangat comel tu. 

Bagaimana proses FNAC tu, korang boleh rujuk pada gambar. Kesan daripada 4 kali cucuk tu, lebam dah bahagian breast yang kena cucuk.  Agak lebam juga. Tapi nak buat macam mana, i have no choice.
Tu pun doktor kedua tu dah remind aku, if kali keempat cucuk pun still tak dapat sel tu, dia takkan cucuk kali kelima. Tetapi dia akan bagi tarikh temujanji seterusnya untuk dicucuk lagi. Hishhhh. Berdoa panjang aku sepanjang tunggu keputusan dari orang lab kat bilik sebelah.

Last, baru lah dapat berita gembira, tunggu next apoinment 3 minggu lagi untuk keputusan lab. Thats mean berjaya ambil sel dari ketumbuhan di right breast aku.Doakan aku ye kengkawan agar dipermudahkan semua urusan kesihatan aku. Aminn.


Sumber Gambar: http://medicodental-club.blogspot.my/2011/07/management-of-breast-symptoms.html?m=1

Baca juga:

0 Comments



Emoticon