-->

Resepi Macaroni Cheese Mudah dan Sedap

Resepi Macaroni Cheese Mudah dan Sedap

Macaroni Cheese sedap dan lazat! Itu word pertama yang saya boleh kata kan. Haha. Perasan. Puji Masakan sendiri sedap. Resepi macaroni Cheese ni saya perolehi daripada Facebook. Kuatkan kuasa viral Facebook. Sehinggakan mampu menggugat iman saya untuk membuat Makaroni Cheese ni. Jom lah terjah resepi ni.

Resepi Macaroni Cheese Mudah dan Sedap

Bahan-bahan:
500 gram san remo elbow (macaroni)
1 botol (375g) sos Spaghetti cendawan kimball 
150 gram sayur campur
500 gram daging cincang
Lada hitam kasar
1 labu bawang besar cincang halus
5 ulas bawang putih cincang halus
1 sb minyak masak untuk menumis.


Cara-cara membuat:
1. Mula-mula sekali rebus macaroni dalam air yang mendidih dan diletak sedikit garam dalam 8-10 minit atau hingga macaroni masak. Dah masak, toskan.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.

3. Masukkan daging kisar dan sedikit lada hitam kasar dan gaul hingga daging masak.

4. Masukkan sos Spaghetti Kimball. Gaul rata.

5. Masukkan sayur campur dan gaul hingga masak.

6. Akhir sekali , masukkan macaroni yang telah direbus tadi. Gaul rata dan siap.

7. Letak macaroni ke dalam bekas aluminium foil, dan taburkan morazella cheese di bahagian atas. Taburkan sedikit daun parsley Flake.

8. Bakar dalam oven pada suhu 160'celcius guna api atas bawah selama 20 minit.

9. Akhir sekali, bakar guna api atas sahaja selama 10 minit untuk bagi cheese pada permukaan keperangan.

10. Siap untuk dihidang.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon