-->

Kesan Suntikan Perancang Keluarga Depo

Kesan Suntikan Perancang Keluarga Depo-Provera

Belum ada anak tapi dah sibuk nak kena cucuk suntikan perancang keluarga Depo-Provera. Saya terpaksa disuntik Suntikan perancang Depo Provera disebabkan doktor tidak membenarkan saya hamil dahulu sebelum mendapatkan surat black and white daripada Pakar Jantung.

Doktor gynae bersungguh nakkan saya direview pakar jantung bagi mengetahui kondisi keadaan sakit saya dan samada saya ni fit untuk mengandung atau tidak. Betapa stressnya bila doktor asyik paksa ambik perancang. Nak tak nak, aminkan sahaja. Bila dah kena cucuk suntikan depo ni, haaa bermulalah kacau bilau haid.

Bulan 10 lepas, darah haid keluar sampai lebih minggu, sampai saya fed up nak tukar ganti pad. Due suntikan saya adalah pada 2/11/2016 yang lepas dan saya dah jumpa balik Dr gynae dan bagitau saya tak mahu suntikan depo lagi. Since saya dah dapat surat dari pakar jantung mengatakan saya boleh mengandung dengan syarat once dah ngandung kena refer balik dengan mereka.

Ingatkan bila dah habis tempoh suntikan depo tu, haid kembali ok. Rupanya tidak bila saya datang haid balik sekitar 14/11/2016 yang lepas dan darah keep on keluar hingga hari ke15. Dulu-dulu kalau haid, paling lama pun 9 hari dah kering.
Harap bulan-bulan selepas ni, kitaran haid akan kembali normal. Aminn...

Sumber gambar: drzubaidi.com

Baca juga:

0 Comments



Emoticon