-->

Langgan DiGi Broadband MobiFi

Langgan DiGi Broadband MobiFi

Ahad lepas, ambik masa sekejap teman adik nak survey broadband. Disebabkan hari Ahad, jadi majoriti centre seperti DiGi, celcom dan Maxis tutup. Nak tak nak terpaksa pergi ke Plaza Merdeka sebab kat sana ada branch Digi dan Celcom boleh usya mana lebih best.

Disebabkan adik dah tanya dengan member sebilik dan majoriti mereka guna Digi broadband, jadi kami tak jadi survey, terus ke booth Digi dan tanya pasal pakej broadband mereka..

Pakej broadband Digi yang adik aku ambil ni adalah Yang bayar bulanan Rm70+. Bayaran pendahuluan adalah RM120+. Disertakan bersama pakej ini adalah set mobiFi jenama Huawei. Waktu adik aku test mobiFi ni kat sini, memang boleh tahan la laju Internet dia. Bila buka laman web laju betol. Jeles pulak aku. Haha.

Ohya, satu yang sangat menarik perhatian aku adalah, caj untuk hantar bil broadband sekiranya melalui e-mel atau bil ke alamat rumah adalah RM5.00. Yang aku peliknya bil hantar ke e-mel pun caj sampai RM5.00??? Bukan kalau paperless free ka?? Yang part ni saja aku agak tak berkenan. Aku pun lupa nak tanya adik aku ambik cara mana.

Aku tak boleh nak review lebih-lebih pasal broadband mobiFi ni since aku hanya guna sekali saja dan bukan aku punya pun. Haha. Tapi yang boleh aku cakap sangat recommended untuk para pelajar. 

Digi broadband mobiFi 

Baca juga:

Tags:

0 Comments



Emoticon