Nasi Kerabu Special di Stall Arif Hotel

Nasi Kerabu Special di Stall Arif Hotel

Warga Kuching yang teringin nak makan Nasi Kerabu yang tidak akan mengecewakan, anda boleh mencubanya di Stall pertama sebelah kiri di Perkarangan Arif Hotel.

Kenapa saya cakap nasi kerabu di sini Special? Sebabnya nasi kerabu sini saja di Kuching yang ada berlaukkan Burung puyuh. Memang sedap ditambah lagi dengan sambal pedas yang Super kaww.
Selain burung puyuh, anda juga boleh request tambahan daging bakar dan ikan keli. Memang berbaloi-baloi. Makan sekali, dijamin anda akan bertandang lagi ke sini.  Harga pun berbaloi, jika order Nasi Kerabu burung puyuh sahaja adalah RM7.00. Yang Special adalah RM9.00 di mana ada burung puyuh, ayam bakar, dan  ikan.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon