-->

Tempat Makan Halal & Best di Kuching, Sarawak - Mee Sup Ikan Muzium


Assalamualaikum dan salam sejahtera u olls,

Hari ini SP nak share satu tempat makan best dan yang penting halal dan sedap di Kuching. Dijamin puas hati dan takkan lupa kesedapan makanan yang SP nak share ni.

Ok dah sedia??

Anda peminat setia mee sup?? Nak kan kelainan pada mee sup yang anda makan?? Nak Pedas?? Nak lebih ikan @ fish fillet??? Jom ke Cafe Muzium, yang terletak betul-betul berdepan dengan muzium Sarawak dan betul-betul di belakang Merdeka Palace Hotel. Haaa, anda check in di hotel tu?? Lagi la senang anda nak gi merasa kesedapan MEE SUP IKAN MUZIUM ni. Dijamin menjilat hidung ye u oll..

Maklumat Terperinci ala2 CSI:

Lokasi Kuching Food Hunters: Cafe Muzium, Kuching Sarawak
Masa operasi: Isnin-Sabtu (salunya kalau datang pukul 11:30 pagi dah takda mee sup ni)
Menu-Menu : Mee Goreng (Thorbaek tok!!!), Kueh Mueh, Mee Brunei, Mee Sup Ikan, Nasi Lemak
SPECIAL MENU: Mee Sup Ikan Muzium
Harga Mee sup: RM5.00 (kklo x silap la.. hehe..sebab orang tolong bayor kan)



Macam mana rupa mee sup ikan ni?? Nah, SP belanja 2 gambar ye.. Jangan meleleh pula air liur tu

Tadaaaaa....Mee Sup Ikan Muzium.. Sangat la nyem dan most recommended kalau datang ke Kuching.

Tengok lagi lebih dekat.. nyam2..


Ok la.. dah cukup rasa nya buat anda terliur.. Kalau anda dari semenanjung dan berhajat nak berkunjung ke Kuching nanti, jangan lupa cuba try test mee sup ikan ni k.. Percaya la.. Kalau x sedap, sila tinggal komen di ruangan komen k.. :p


Ikhlas dan tulus,

Sang Penulis @ SP
30/3/2015 @ 8:20 PM
Kuching, Sarawak, Malaysia

Baca juga:

0 Comments



Emoticon