-->

Tips Jimat Sempena Pelancaran GST!!!


Jom.Kita ambil langkah berjimat cermat dan ikuti tips-tips jimat sempena pelancaran GST esok hari 1 April 2015.

Tips 1: Tukar Simkad Prepaid Hp anda kepada Simkad Easy Prepaid Digi.
Kelebihan: Kepada anda yang pasangan couple, dah memang confirm dalam sehari akan bergayut paling minima sejam/hari, amat digalakkan bertukar ke Easy Prepaid Digi. Sebab, panggilan & sms percuma kepada 5 number/buddiez anda. Jimat kan?? So apa lagi, kita tukar!!!!

Sumber: Digi

Tips 2: Mula bawa bekal ke Kuliah/Kelas/Ofis/Tempat Kerja
Kelebihan: Dapat jimat duit daripada bayar caj GST yang merapu di luar sana. Paling simple bekal boleh bawak, roti bantal sapu dengan mentega!! Sila jangan gelak, ini post serius!!

Tips 3: Elakkan pergi ke Pasaraya Besar!! Digalakkan pergi ke kedai runcit sahaja.
Kelebihan: Dapat mengelakkan anda daripada membeli barangan yang tidak sepatutnya. Kalau pergi kedai runcit, terus cari apa yang diperlu dan terub blah. Ingat rule ini, makin besar pasaraya yang anda kunjungi, makin mencurah-curah wang anda keluar.

Tips 4: Belajar memasak!!!
Kelebihan: Dapat pelbagaikan menu di rumah. Kalau teringin nak makan nasi kerabu, buat sendirik!!! tak payah terhegeh-hegeh nak makan kat kedai, kang kena gst, mengamuk tak tentu pasal kat kedai.

Tips 5: Bayar bil-bil melalui perbankan internet
Kelebihan: Dah ada kemudahan internet dan laptop/ smartphone, aplikasikan kecanggihan tu. Bayar je bil-bil guna perbankan internet, dapat jimat minyak kereta, kupon parking/saman parking/masa dan jimat tenaga. Kalau perbankan internet ni SP lebih suka guna Maybank2u, sebab mudah digunakan dan sangat friendly user.


Ok la sekian dulu daripada SP. Kalau anda ada tips-tips lain boleh la share sekali ye.:)
SP tengah sengal dengan GST ni.


Sang Penulis,
31/3/2015 @ 10:46 PM

Baca juga:

1 Comments

avatar

gud tips...dh cube ke??hehehhe.

Balas delete



Emoticon