-->

Rawatan Kesuburan


Rawatan Kesuburan di Kuching

Aku jalani rawatan kesuburan? Ye, aku sudah nekad kali ini. Tapi percaturan Allah itu memang kita tidak dapat menduga. Dengan semangat berkobar nak mulakan rawatan kesuburan di Klinik Syafa Kuching, namun perkhabaran lain yang aku terima. Jom layan entry kisah bebenar dari aku seorang isteri yang belum lagi diizinkan Allah untuk hamilkan zuriat suami ku.

Bulan September 2015 ini, maka genaplah 4 tahun kami sah bergelar suami isteri. Moga ikatan terjalin ini akan kekal hingga akhir hayat kami. Sehingga entry ini ditulis (16/5/2015), kami belum lagi dikurniakan zuriat. Sedih memang sedih. Lebih-lebih lagi bila melihat kawan-kawan sekeliling yang baru kahwin sudah pun mengandung dan dikurniakan zuriat.

Mungkin sudah sampai waktunya, kami suami isteri ikhtiarkan sesuatu. Pada Khamis lepas 14 Mei 2015, aku ajak suami pergi temankan aku pergi ke Klinik Syafa iaitu salah satu Klinik Pakar Sakit Puan di Kuching ni. Klinik ni terletak di Satok dan berdekatan dengan Digi Centre Satok. Hati aku makin kuat juga nak buat rawatan kesuburan di sini, bila abg kat ofis aku, keep on suruh aku pergi check kat klinik ni. Kebetulan Dr kat klinik ni adalah kenalan isteri dia. Mula-mula nervous juga time masuk klinik ni. Syukur betul bila takda orang time tu. Aku terus gi kaunter dan bagitahu nak buat check-up. Staff kat kaunter tu tanya nak checkup pregnat ke? Aku jawab tidak. Ada lah.. Itu je aku mampu jawab. Haha.

Time masuk je bilik dr. tu, aku makin kalut. Nama dr tu Dr. Azah. Die tanya, ye ada pa masalah? Aku jawab punya la meleret bagitahu kitaran haid tak normal dan dah lama kawin and sebab tu nak check. At last dr tu cakap belum ada anak?? Ye aku jawab.. Haha.. Pastu dr azah terus cakap, laaa bagiitahu je la terus. Haha.. Aku jawab, segan la dr. Haha. Serius, malu betol beb. Tapi nak anak punya pasal. Malu sisih ke tepi dulu.

Dr Azah investigate semua pasal kesihatan aku:
Masalah kesihatan semasa, dullu, dan pernah operation atau tidak?
Ada makan apa-apa ubat?
Bila last sekali period
Tempoh kitaran period
Start bila period tak normal
Kekerapan bersama? Segan dohhh nak jawab hok ni.. Hahaha

Ni antara soalan-soalan yang Dr. Azah tanya aku. So korang kena ready soalan2 cepumas di atas ye.
Oh ya, time masuk bilik dr azah ni, aku masuk sorang. AKu tak bawa pun suami aku masuk sekali sebab aku takut beliau segan. Tapi time nak terangkan dengan lebih lanjut pasal condition aku, dr Azah tanya ada bawak suami tak? Kalau ada, dia suh bawak masuk sekali, senang dia nak sekali harung terang. S0 ingat tau, if korang nak check atau nak buat rawatan kesuburan camni, seeloknya bawak lah suami sekali. Mudah agar dua-dua kena kaunseling sekali.

Ada beberapa perkara yang Dr Azah terangkan. dan beberapa peluang untuk kehamilan yang diterangkan.
Antara yang Dr, Azah terangkan dengan aku adalah pengambilan Clomid bagi pengeluaran telur, sebab dr. Azah suspek aku yang bermasalah since kitaran haid aku tak normal. Agak banyak yang Dr, Azah terangkan, just aku tak ingat,, Disebabkan nervous. Hahaha,, So Aku pilih untuk start dengan Clomid and kalau tak silap pengambilan adalah pada hari ke 2 period if aku period nanti. Tapi, sebelum tu, Dr. Azah suruh aku check air kencing dulu, untuk test kehamilan..takut2 kot aku pregnant ke. Tapi aku rasa memang tak la.. Huhu.. Pas check air kencing, memang negatif. Dah agak. :( Step seterusnya adalah vagina scan which is ni dibuat adalah nak check keadaan rahim aku. Kot2 ada ketumbuhan ke apa. Alhamdulillah, Dr.Azah bagitau keadaan rahim ok, xda masalah. The great news is, Dr. Azah dapat detect one dominant telur. So, Dr. Azah cancel nak bagi aku Clomid, dia suggestkan kitaorang kerap bersama dalam tempoh 2 minggu ni. Dan sekiranya tak pregnant jugak, period, Aku kena datang balik klini tu untuk ambil Clomid. :)

Happy je aku rasa time tu. Walaupun time tu baru dapat detect telur je pun.. Alhamdullilah syukur. Moga dipermudahkan urusan kami suami isteri. Aminn..
Doakan kami. AMinn..


Yang benar:
Sang Penulis
16/5/2015 @ 4:36 petang
*Entry ini sudah ditaip lama sudah, dan hanging di 'draft' di mana aku belum bersedia lagi nak share. Tapi memandangkan ramai sahabat diluar sana mungkin masih belum dikurniakan rezeki setelah lama berumahtangga, jadi apa lah salahnya untuk aku berkongsi pengalaman dan titipan aku ini mungkin dapat menjadi pemangkin semangat untuk pasangan di luar sana yang masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Updated: Hasil dari Vaginal Scan di Klinik Syafa ni, kami suami isteri dapat berita gembira pada 8 Jun 2015 di mana UPT first time positif. Alhamdulillah. Namun, kegembiraan ya tidak berpanjangan bila aku disahkan keguguran pada 14 Jun 2015 setelah hampir 5 hari bleeding. Sekarang masih menanti berita gembira selanjutnya. Semoga dimurahkan rezeki kami lagi untuk menimang cahaya mata pertama kami. Amin. (updated: 1/8/2015)


Updated: 4/5/2016; hasil 3rd cycle clomid with double dose, Dan hari ke 12 dah detect 2 follicle eggs, hari ini 4 Mei 2016 selepas delay 1 day period saya dapat double line bagi upt test. Alhamdulillah. Berkat Doa semua orang. Bersyukur sangat. Saya belum lagi membuat pengesahan kehamilan, sebab Dr tempat saya follow up ask me to come 1 week later, sebab still tak boleh nampak apa-apa buat masa sekarang ni. Untuk kawan-kawan semua yang masih berttc, bersabarla Dan jangan sesekali berputus ASA. Semoga ada rezeki anda pula selepas ini. Aminnnn..



Baca juga:

17 Comments

avatar

Xpe bole cuba lg.. InsyaAllah..sekurang2 nya dh tahu apa mslh yg d hadapi

Balas delete
avatar

Alhamdulillah.. sya pun nk try pg klinik syafa coz suggestion dr kwn2 yg brjaya hamil.

Balas delete
avatar

Alhamdulillah.. sya pun nk try pg klinik syafa coz suggestion dr kwn2 yg brjaya hamil.

Balas delete
avatar

Xpe bole cuba lg.. InsyaAllah..sekurang2 nya dh tahu apa mslh yg d hadapi

Balas delete
avatar

Saya pun nak mencuba rawatan kat klinik shafa..dah masuk tahun ke 5 married..tapi belum ada rezeki..tq share pengalaman awak..

Balas delete
avatar

Sama2 cintahatisaya. Pergi awal jumpa Dr azah. Insyaallah semoga dpermudahkan ya.

Balas delete
avatar

Semoga ada rezeki awak pulak selepas ni ye sis Nuriez.

Balas delete
avatar

Brape kos rawatan mula2x jumpa doc tu?tengah mencari klinik sakit puan ni.tq

Balas delete
avatar

Tengok keadaan kes patient juga rasanya sis . Tp klo mcm sy haritu, kos below rm150. Still ok compare dgn klinik sakit puan lain.

Balas delete
avatar

Alhamdulillah...dengan izin dari-Nya, saya tlh hamil setelah dtg buat rawatan kehamilan di Klinik Syafa'pada thn 2015...sy jg telah lalui step yg sama iaitu mggunakan clomid...sy bjy hamil setelah ambil clomid pd cycle 2...(2 biji)...sy slmt bsalin pada mei 2016...kini, baby masuk 4bln..smg rakan2 yg ingin hamil tidak berputus asa memandgkn sy jg bjy hamil setelah 5thn keguguran...

Balas delete
avatar

Alhamdulillah, tahniah sis. Rezeki sis. Seronok dengar. Sy pun berjaya untuk 3rd cycle clomid, tapi tu la rezeki belum ada, kandungan luar rahim. Baru je emegency operate Mei 2016 ni sebab tiub dah pecah. Semoga ada rezeki lagi sy lepas ni dan rakan2 yg lain..amin.. Thanks bagi feedback sis.

Balas delete
avatar

Alhamdulillah, tahniah sis. Rezeki sis. Seronok dengar. Sy pun berjaya untuk 3rd cycle clomid, tapi tu la rezeki belum ada, kandungan luar rahim. Baru je emegency operate Mei 2016 ni sebab tiub dah pecah. Semoga ada rezeki lagi sy lepas ni dan rakan2 yg lain..amin.. Thanks bagi feedback sis.

Balas delete
This comment has been removed by the author.
avatar

Sekadar perkongsian....dulu, awal2 kehamilan sy jg mengalami sedikit pendarahan....sy terus ke hospital dan alhamdulillah kandungan bukan d luar rahim...sy diberitahu mmg ada kehamilan yg mengalami sedikit pendrhn....alhamdulillah sy tidak mengalami pendrhn lg sehgga bsalin 39w5d...smg rakan2 yg ingin hamil tidak segan utk bjumpa pakar puan utk btanyakan tntg rawatan kehamilan....

Balas delete
avatar

Selamat mlam sis...sory kalau sy komen...sy baru ingat nak mencuba test kesuburan...berapa ya harga permulaan dan ada next appoinment ke after cek first...

Balas delete
avatar

Selamat malam. Utk caj rawatan kesuburan, ia bergantung dengan klinik. Untuk kes saya ni guna dalam range rm60-150. Yup. Selrpas first check akan ada next appoinment bergantung dgn kes.

Balas delete
avatar

Salam ses.klinik syafa dpt buat rawatan hingga ivf ka sis?
Sy dpt info dr lppkn pasal klinik syafa,syukur ada juga klinik org islam yg buat rawatan kesuburan.sbb sy plan nak pergi sunfert

Balas delete



Emoticon