-->

10 Cara Rawatan Segera Sembelit

Siapa yang pernah mengalami keadaan sembelit akan tahu betapa peritnya hendak mengeluarkan najis dari sistem perkumuhan kita.

Apa itu sembelit? Sembelit merupakan sesuatu keadaan apabila najis yang besar Dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Apabila meneran dengan kuat, ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada saluran Venus di Bahagian subur Dan menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Ketika sembelit dan sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, buasir tersebut mungkin akan tertolak keluar.

Disebabkan luka selepas pembedahan di kawasan rahim saya masih belum sembuh sepenuhnya, saya mempunyai kesukaran untuk membuang Dan sakit ketika hendak meneran. Jadi di sini, saya nak kongsi 10 cara Rawatan Segera untuk sembelit.

10 Cara Rawatan Segera Sembelit adalah:

1. Minum 1-2 botol air putih/air susu untuk membantu melembutkan najis.

2. Makan buah buahan yang berserat tinggi seperti pisang, buah Oren Sunkist, Dan paling bagus sekiranya ada buah betik. Setakat ini Buah betik  adalah penawar paling mujarab bagi saya. Najis keluar dengan mudah Dan gembiranya. Haha.

3. Makan buah kurma dalam 5-6 biji untuk membantu melembutkan najis.

4. Mengambil ubat melembutkan najis. Yang ini boleh standby kat rumah awal-awal. Jangan dah sembelit baru nak pergi farmasi untuk beli ubat.

5. Berak guna jamban cangkong. Yang ini adalah bagi membantu kita lebih mudah meneran Dan najis lebih mudah untuk keluar.

6. Memastikan Bahagian najis yang masih belum keluar sentiasa di jirus dengan air untuk membantu melembutkan najis tersebut.

7. Cuba untuk ubah posisi punggung  untuk memudahkan pergerakan najis untuk keluar. Samaada dengan meninggikan bahagian sebelah kaki kiri atau kanan.

8. Elakkan daripada berterusan meneran. Cuba untuk memasukkan semula najis ke dalam Dan meneran semula. Ini adalah untuk membantu melembutkan najis Dan mengubah structure najis untuk menjadi lebih kecil Dan mudah dikeluarkan.

9. Cuba untuk berjalan-jalan dahulu bagi merilekskan Bahagian bawah abdomenan kita. Sambil itu, pastikan anda minum lagi banyak air .

10. Sekiranya najis masih tidak berjaya lagi dikeluarkan, berak keras anda ini mungkin akan mengganggu aktiviti Seharian anda. Jadi, penyelesaian terakhir adalah dengan memicit Bahagian dubur sambil meneran. Dengan memicit bahagian dubur , ia dapat membantu mengeluarkan najis sedikit demi sedikit. Insyaallah cara ini mungkin dapat membantu anda. Dengan erti kata lain jangan mudah berputus asa ya.

Peringatan juga buat anda yang selalu sembelit di luar sana, elakkan suka menahan diri daripada nak berak atau membuang. Sikap kita ini menyebabkan najis menjadi kering Dan besar, Dan akhirnya sukar untuk dibuang.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon