Hasil Double Dose Clomid Untuk 3rd Cycles.
Sebelum ini untuk 2nd cycles, badan saya memang dah bagi response dengan double dose clomid. Jadinya, untuk 3rd cycle Kali ini pun saya dibekalkan dengan double dose clomid. Haid datang pada 2/4/2016. Jadi start hari kedua haid hingga hari keenam saya mula mengambil clomid. Makan ikut arahan tau. Dr Azah bagitau makan dalam pukul 10-11 malam iaitu sebelum tidur Dan time tu mesti la fix Dari hari kedua hingga hari keenam.
Pada 14/4/2016 iaitu hari ke 13 selepas haid, saya follow-up semula di Klinik Syafa untuk memantau progress samada ovary respond ke tidak. Alhamdulillah, Dr dapat detect both side kiri Dan kanan ada 1 follicle egg yang sizenya dah lebih 2cm. Seperti biasa, Dr nasihat untuk kerap bersama seminggu ni.
Dalam saya usaha dengan clomid, saya pun mengamalkan jamu. Berhuhuhu pula. Sebab dengan makan jamu baru saya rasa badan tak lesu. Ohya, jamu yang saya consume adalah Jamu Ayu. Sebotol berharga RM30 je. Insyaallah, sebab sebelum ni banyak dah baca testimonial Dari pengasasnya yang ramai dah berjaya pregnant selepas mengamalkan jamu ni di samping mengamalkan Cocoa Honey Collagen. Cocoa honey collagen ni pun saya amalkan sebelum ni. Dan berat badan pun dah ngam bmi. Dulu cekedingnya.
Oklah, doakan saya ya kawan-kawan. Saya doakan agar kawan-kawan yang still berttc, semoga ada rezeki anda pula selepas ini. Jangan cepat berputus ASA, berusaha Dan ikhtiar selagi boleh. Insyaallah.
0 Comments