Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Melalui Potongan Gaji
Saya akui saya antara salah seorang yang selalu teralpa untuk membayar balik Pinjaman PTPTN. Disebabkan selalu terpaksa membayar tunggakan dalam jumlah yang besar, saya akhirnya mengambil inisiatif dengan membuat pembayaran balik PTPTN MELALUI POTONGAN GAJI terus.
Sebelum ini saya membuat pembayaran melalui pembayaran sendiri dengan menggunakan Maybank2u. Tapi itu lah, dah adat saya ni yang kadang-kadang bayar Dan kadang-kadang tidak akhirnya menyusahkan diri saya sendiri.
Bagaimana nak buat pembayaran bayaran Balik Pinjaman PTPTN Melalui Potongan gaji ni? Cara yang paling mudah Dan lagi senang untuk kita, adalah dengan terus pergi ke kaunter PTPTN bagi penstrukturan semula bayaran Balik Pinjaman kita, samaada nak bayar ikut jumlah yang ditetapkan atau lebih. Macam saya, bayaran Balik Pinjaman sepatutnya adalah RM142, namun saya genapkan terus ke RM150. Sangat mudah, anda hanya perlu isi borang bagi permotongan gaji Dan pastikan anda Ingat no gaji anda. Tiada dokumen lain diperlukan. Potongan gaji akan berkuatkuasa dalam tempoh 2-3 bulan selepas borang permohonan kita diproses. Selagi Tiada Potongan pembayaran balik Pinjaman PTPTN dalam penyata gaji anda, selagi itu lah anda kena bayar seperti biasa.
Alhamdulillah, sejak dah buat pemotongan terus bayaran Balik Pinjaman melalui gaji, saya tidak khuatir lagi berlakunya tunggakan. Ohya, cara pemotongan gaji ini adalah khas untuk mereka yang bekerja di sektor kerajaan ya. Semoga dipermudahkan urusan kita semua dalam menjelaskan hutang PTPTN ini.
0 Comments