-->

Hari terakhir di Wad Gynaecology, SGH

Hari ini 19/5/2016 adalah hari terakhir saya admit di wad gynaekologi Hospital Umum Sarawak selepas menjalani emergency operation pada 16/5/2016 selasa lepas.

Mungkin belum rezeki untuk kami lagi menimang zuriat sendiri. Pada selasa lebih kurang jam 3.00 pagi, saya mula sakit teruk pada Bahagian bawah abdomenan sehingga naik ke Bahagian Dada Dan bahu. Rasa sakit tu sangat berbeza daripada sakit keguguran saya sebelum ini. Jam 10.00 pagi saya minta suami bawakan saya ke Emergency terus sebab dah tak tahan lagi sakit. Sampai di emergency saya dah tak mampu untuk berjalan Dan minta wheelchair.

Setelah pakar buat scan di labour room, pakar terus cakap saya perlu dibuat d&c segera Dan kemungkinan akan buang satu tiub falopio saya if confirm tube tersebut rosak. Waktu tu saya dah redha Dan pasrah. Doktor panggil suami Dan perjelaskan keadaan saya yang perlu dibuat pembedahan segera. Jam 2.00 petang, doktor terus prepare saya untuk ke bilik pembedahan Dan sekitar jam 4.00 petang saya masuk ke bilik pembedahan. Dalam pukul 7.00 malam baru saya keluar Dari operation theater Dan dihantar  terus ke ward gynaekology. Perasaan sangat lega time tu sebab sakit di Dada dah takda lagi Dan badan rasa ringan ja. Syukur alhamdulillah.

Sekarang saya tengah menunggu doktor untuk buat discaj note.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon