Bayaran Pertama dari Google Adsene Dah Masuk Akaun!
Alhamdulillah syukur. Setelah setahun lebih menyemai benih adsene, akhirnya hari ini berjaya memperoleh pendapatan pertama daripada Adsene. Bayaran pertama daripada Google adsene ni saya buat melalui Wire transfer ke akaun Maybank saya.
Sangat mudah dan cepat. Berikut adalah tempoh pemprosesan pembayaran adsene saya;
31 Mei 2016 : Capai had minimum 100$ pendapatan adsene.
21 Jun 2016 : Pembayaran diproses.
22 Jun 2016 : Google Adsene hantar notification e-mail berkenaan pemberitahuan pembayaran yang telah dibuat.
23 Jun 2016 : Pembayaran dah pun masuk dalam akaun Maybank.
Sangat cepat dan effective guna service Wire transfer ni. Tak perlu lagi nak tunggu cek dan bila dah sampai kena pergi lagi ke bank untuk cash out. Sudah ada cara mudah, kenapa perlu pilih cara yang susah. Kan.
Seperti yang saya dah khabarkan sebelum ini, pendapatan pertama adsene saya ni, saya nak beli aircond. Biar bila saya lihat aircond dalam bilik ni nanti, saya boleh berbangga cakap Ngan suami, ni hasil pendapatan pasif saya. Haha. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. So kena usaha lebih gigih lagi lepas ni.
2 Comments