-->

Pengalaman Beli Aircond

Pengalaman Beli Aircond
Tajuk aku kali ini tidak spesifik kepada beli aircond jenama apa. Yang pasti aku lebih suka survey dahulu dan buat perbandingan harga di setiap kedai berdepan miramar, Kuching ni.

Selepas survey beberapa buah kedai, akhirnya aku pilih untuk beli aircond di kedai tempat aku pernah beli mesin basuh dan tv Panasonic aku. Mula-mula kami suami isteri survey aircond jenama Midea , tapi disebabkan kekangan kewangan yang agak kritikal sebelum raya ni, akhirnya kami pilih aircond brand Gree, keluaran China juga sama macam Midea.
Sebab apa aku pilih aircond Gree, sebab yang utama ada rebate RM100, maksudnya daripada Harga RM909 dan after tolak rebate, dapatlah harga offer RM809. Tapi tu lah, sebab aku ni memang  suka nak mintak less lagi, tokey kedai pun    bagi RM800 termasuk pemasangan. Ini juga salah satu sebab kenapa aku pilih untuk beli kat kedai ni, harga dia dah termasuk pemasangan. Ohya, kedai ni, korang cari je, signboard kedai nama Ngie Ann. Tokey ni senang dibawa berunding.

So far aku tak boleh review lagi performance atau pengalaman guna aircond Gree ni, sebab esoknya baru technician datang pasang.

*Dah boleh usya entry terbaru saya Review Aircond Gree

Yang pernah follow entry aku sebelum ini, mesti tahu mana aku dapat dana beli aircond ni. Hehe. Sebahagian duit untuk beli aircond ni datangnya dari pendapatan Google adsene aku sebelum ini yang berjumlah RM400. Jadi, kami suami isteri masing-masing topup RM400 untuk mencukupkan duit.

Kalau ikut rasa hati, nak je aku beli York atau Daikin, tapi tu lah, harga dia lebih sedikit dari bajet asal aku. Jadi, redha ja la. ;) Ni pun dah syukur dapat pasang aircond dalam bilik tidur.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon