-->

Kos Beli Perabot dan Kelengkapan Baru Untuk Pindah Masuk Rumah Baru

Kos Beli Perabot & Kelengkapan Baru Untuk Pindah Masuk Rumah Baru

Pindah masuk rumah baru di kala sebulan sahaja lagi untuk menyambut perayaan Aidilfitri sangat mencabar bagi saya. Mana taknya, rumah yang masih kosong dan belum ada apa-apa perabot atau kelengkapan rumah. Ohya, saya pindah masuk rumah yang baru disiap dibina oleh ayah saya dan hanya beberapa langkah dari rumah Mak ayah saya.

Suka untuk saya maklumkan bahawa kos yang saya sertakan di sini hanya lah untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad seperti saya. Haha.

Disertakan dibawah adalah beberapa kos untuk membeli set perabot dan kelengkapan di rumah saya;

Set Sofa Casa Leather 3+2 Free Coffee table RM2000
Tv LED Panasonic 32' RM800
Kabinet TV 5kaki RM140
Astro NJOI RM385
Set Meja Makan 6 seater RM580
Mesin Basuh LG 9kg RM950
Set Bilik Tidur RM950
Kabinet dapur kecil RM150
Alas Pinggan Mangkuk kecil RM45.90
Alas Pinggan Mangkuk Besar RM70
Tempat Sidai Baju RM65
Langsir Ruang tamu RM565
Langsir dapur, bilik RM400

Setakat ini, seperti yang dicatat di atas adalah harga kos barangan atau kelengkapan untuk saya pindah masuk. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu saya beli, tetapi bajet terhad, jadi terpaksa postpone dulu hajat dihati.

Baca juga:

2 Comments

avatar

Thanks sis ;) sofa murah je.

Balas delete



Emoticon