Review Oven Jenama FABER
Selepas berbulan dah beli dan guna oven jenama Faber ni, baru sekarang teringat nak buat review pasal oven ni. Oven ni aku beli dalam tahun lepas sekitar bulan 9 atau 10. Ntah la. Aku pun lupa dah.
So far, performance oven Faber ni sangat tidak mengecewakan. Masak kek dan pavlova , cantik je masak dia. Dan satu lagi tips dalam guna oven baru ni, korang kena la cuba guna suhu yang rendah atau sekitar suhu yang dicadangkan dalam buku resepi ye. Jangan jadi cam aku, time buat pavlova, lupa guna oven baru, hangit aku punye pavlova. Haha.
Bagi aku, oven ni sangat berbaloi dibeli. Body Cantek, tegap dan kukuh. Harga aku beli tahun lepas adalah RM360. Murah ke mahal? Aku pun tak sure sebab time bi ni aku tak survey sangat pun.
1 Comments