-->

Review Pengalaman Guna Aircond Brand GREE

Review Pengalaman Guna Aircond Brand GREE

Aircond atau penghawa dingin jenama Gree, mungkin jarang sekali kita dengar jenama ni. Aku pun kalau tak sebab nak beli aircond mungkin tak tau pun kewujudan aircond jenama ni.

Hasil pendapatan adsene aku sebelum ni, aku gunakan untuk membeli aircond. Walaupun tak cukup hanya RM400 pendapatan aku tu, tapi sekurang-kurangnya aku tau ke mana perginya duit hasil pendapatan adsene aku tu. Eh.. Termerapu kejap.

By the way, selepas Google beberapa info tentang aircond jenama Gree ni, akhirnya aku tertarik nak beli. Sebab yang pertama, sebab aircond ni selepas tolak rebate RM100, harga offer adakah RM809 termasuk pemasangan di rumah. Paling murah di kedai tempat aku selalu beli barangan letrik ni. Pada mulanya aku usya jenama Midea, tapi lebih mahal dengan harga RM897. Actually, aku dah terlebih pulak bajet ni untuk beli aircond. Selepas sesi tawar menawar, dapatlah aku membeli aircond ni dengan harga RM800 sahaja. 

Sebelum ni dalam 2 minggu yang lepas, time promosi harga aircond Midea bagi 1.0 h.p adalah sekitar RM720+ je include pemasangan. Menyesal pulak tak beli je terus hari tu. Tapi tu lah, duit banyak nak kena pakai ke perkara yang lebih penting.

Ok lah, bagaimana performance atau prestasi aircond 1.0 h.p jenama Gree ni? Ok ke tidak? Bagi aku, ok lah jenama ni, just maybe bilik aku yang terlampau besar (besar sangat ke?? Haha), so ambil masa juga untuk sejuk. Tapi oklah, dapat menghilangkan bahang panas di dalam bilik aku ni. Dan buat pertama kali nya malam semalam aku dapat tidur berselimut tebal balik. Ya Allah, syukur, nikmatnya tidur.

Bagi aku, kalau bilik korang kecil, dah memadai dengan membeli aircond 1.0 h.p je, tapi kalau rasa terlebih besar better ambik 1.5 h.p. Jangan ikut macam aku, modal kecil saja, jadi kekuatan aircond nya pun kecil je la, sesuai dengan harga. Haha.
Untuk aircond Gree ni, warranti adalah selama 6 tahun bagi motor, dan 1 tahun bagi spare part. Kira oklah tu kan. Moga Abg Gree ni berkhidmat baik-baik ye dengan kami. 

Baca juga:

12 Comments

avatar

so mcm mana selepas setahun pakai air cond gree. ada apa2 masalah tak

Balas delete
avatar

Tak ok. Kurang sejuk. Klo ada modal lebih better pilih daikin

Balas delete
avatar

tak okey sbb bilik besar x sesuai ngn bilik ke cam ne?
angin keluar sjuk tak?

Balas delete
avatar

Bilik standard size je. Jenama ni baru setahun guna dah kurang rasa sejok. Even dah topup gas pun sama juga. So tak recommend la.

Balas delete
avatar

Baru ingt nak pasang kat rmh jenama ni 2hp sebab orang kedai kata spare parts senang. Tgk review ni tak jadilah

Balas delete
avatar

Betul ...x sampai setahun pon dh x sejuk..... Stress betul

Balas delete
avatar

Betul guna baru 8 bln dh x sejuk.panggil juruteknik dtg dia blh suruh bayar rm230 u servis.mmg x recemonded pakai ni

Balas delete
avatar

Rasanya x sejuk sbb x service kot..sy pakai brand acson.. Lps setahun mmg kurang sejuk.. Pastu sy Service sendiri je.. Cuci filter, pastu cuci blower fan..cuci tu x susah pon.. Guna air dan berus gigi je.. Pastu sy cuci fin outdoor unit tu.. Tembak air je.. Skg kalau malam sy set 27c dry mode.. Sejok xyah citer ler.. Mcm aircond baru..

Balas delete
avatar

Baru baca review Herculas Wong dlm blog dia kaji dr a-z.Bil api melambung sekali ganda for the next mth.cer google article ni.Air cond buatan cina.

Balas delete
avatar

Mungkin installer pasang tak betul...mungkin ada kebocoran...gas takkan habis kalau takde bocor....kalau ada bocor,isi lah gas byk mana sekalipun..takkan sejuk..apa2 jenama pun

Balas delete
avatar

aah setuju....nk kena ikut step by step

Balas delete
avatar

Baru setahun pakai dah tak sejuk walaupun dah servis dan topup gas. Baik jgn beli

Balas delete



Emoticon