Alhamdulillah, Syawal tahun ini, kami suami isteri pertama kali menyambut Raya Aidilfitri di rumah sendiri. Rumah yang dibina tidak jauh dari rumah kedua ibu bapa saya.
Persediaan raya kami pada tahun ini secara ala kadar sahaja. Insyaallah kalau tiada aral melintang, akan buat open house raya pada Raya ke 7 nanti. Nak buat awal-awal ni , tak dapat pulak, sebab nak utamakan melawat saudara MARA. Itu yang penting bagi saya.
Raya tahun ini juga, saya buat pertama kali berjaya membuat 2 kek lapis. Yelah, tahun-tahun sebelum ini saya hanya buat kek tunjuk saja. Haha. Kek lapis yang saya buat 2 hari sebelum raya adalah Kek Lapis Idola dan Kek Lapis Selipar Jepun. Seronok dan puas hati walaupun penat.
Apa-apa pun, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Mohon maaf andai ada penulisan saya di blog ini menguris atau membuat anda di luar sana rasa tak selesa . Salam Aidilfitri.
0 Comments