Resepi Kek Batu Marmar Mudah dan Sedap
Seperti biasa, saya dapat resepi kek ni dari Facebook, dan saya kredit kan kepada tuan punya resepi ini iaitu kak Amanda Rania Zafreen. Jenuh juga membuat kek ni. Dua tiga kali nak mengukus. Yang tak tahan nya kena tunggu berjam-jam. Haha. Sabar je lah.
Resepi Kek Batu Marmar Mudah dan Sedap
Bahan-bahan:
450 gram Butter (saya guna buttercup)
1 gelas gula halus
10 biji telur ayam gred A
1 gelas tepung susu
1 gelas tepung gandum
1 gelas Milo
1 tin seri kaya kecil
100 gram susu manis
1 Suh teh vanilla
200 gram horlick
1 blok Cadbury besar (Double Boiler)
2 sudu browning sugar
Cara-cara:
1. Pukul Butter dengan gula sehingga kembang, masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan seri kaya dan susu manis, pukul sebati.
3. Masukkan horlick dan tepung sikit demi sikit.
4. Bahagikan kepada dua adunan (A & B)
Bahagian A;
a) Campur adunan dengan Milo, coklat cair dan browning. Pukul rata dan ketepikan.
Bahagian B;
a) Campur adunan dengan susu tepung . Bahagikan lagi kepada 3 bahagian, dan diberi warna merah, hijau dan kuning. Kukus berasingan setiap warna. Bila ketiga-tiga sudah masak, potong dadu.
5. Letakkan separuh adunan A ke dalam loyang dan susun rawak bahagian B dan ulang proses. Susun sehingga habis dan kukus sehingga masak. Kukus lebih kurang 2 jam.
6. Siap!!!!
0 Comments