Dah lama teringin nak masak sendiri Spaghetti Aglio Olio ini. Namun atas sebab belum berkesempatan nak mencari segala HERBS yang diperlukan, saya terpaksa tangguhkan dulu niat.
Hari ini, saya bertekad nak buat jugak Spaghetti Aglio Olio ini dan berjaya mendapat bahan-bahan yang diperlukan. Untuk pertama kali nak buat ni, agak kos sikit la. Jom terjah bagaimana cara nak masak Spaghetti Aglio Olio ni.
Resepi Spaghetti Aglio Olio Mudah dan Sedap
1 paket Spaghetti (saya guna 1/2 sahaja)
7-8 ulas bawang putih dicincang halus
100gram udang
8 keping cendawan shiitake dipotong kecil
Serbuk Oregano
Serbuk Parsley
Chili Flake
Serbuk lada hitam kasar
Serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
7-8 ulas bawang putih dicincang halus
100gram udang
8 keping cendawan shiitake dipotong kecil
Serbuk Oregano
Serbuk Parsley
Chili Flake
Serbuk lada hitam kasar
Serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara Membuat Spaghetti Aglio Olio:
1. Rebus spaghetti terlebih dahulu dalam air mendidih yang diletak garam dan minyak sedikit. Sudah masak, toskan.
2. Letak minyak dan tumis bawang putih. Sudah naik bau, masukkan udang dan tumis hingga masak.
3. Letakkan cili kering dan chili Flake. Gaul rata.
4. Masukkan cendawan shiitake dan gaul rata.
5. Masukkan serbuk Oregano, serbuk lada putih , serbuk lada hitam dan serbuk Parsley secukupnya.
6. Masukkan spaghetti, gaul rata. Letak garam secukup rasa. Tambah serbuk Oregano/lada hitam/lada putih jika tak cukup rasa.
Mudah kan. Rasanya pun sedap dan menyelerakan.
Spaghetti Aglio Olio |
Video sewaktu memasak Spaghetti Aglio Olio yang sempat saya rakam.
0 Comments