-->

Resepi Kek Lapis Dangdut Kukus

Resepi Kek Lapis Dangdut Kukus

Bahan-bahan selepas buat kek raya yang lepas masih ada. Contohnya seri kaya, susu manis, horlick dan tepung gandum. Jadi, tak nak membazir, saya cari resepi yang tak banyak bahan dan ada menggunakan seri kaya dan horlick. Cari punya cari, akhirnya terjumpa resepi kek lapis Dangdut Kukus. Mudah dan ringkas cara membuat nya.sama seperti kek lapis selipar Jepun. 

Cara pembuatan kek ini lebih kurang dengan cara membuat kek lapis selipar Jepun. Warna untuk setiap lapisan pun saya guna pewarna yang sedia ada ja. Malas nak beli color lain. Hehe. Alhamdulillah menjadi kek last minit saya ni. Jum usya Resepi ni dan try buat.

RESEPI KEK LAPIS DANGDUT KUKUS
Bahan-bahan:
10 biji Telor
16oz mentega
1 tin susu manis
1 tin kecil Seri kaya
200gram Horlick
2 cup susu tepung
2 cup tepung gandum
1 cup gula halus

Cara-cara membuat:
1. Mentega, susu dan gula dipukul sehingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu sehingga habis. Pukul rata.

3. Masukkan seri kaya, Horlick, Susu, Tepung susu dan tepung. Pukul rata.

4. Bahagikan 3 bahagian dan diberi pewarna disukai.

5. Kukus lapisan demi lapisan. (Estimate masa kukus untuk setiap lapisan adalah antara 40 minit hingga 60 minit)

Kek Lapis Dangdut Kukus

Baca juga:

1 Comments

avatar

Sedapnya kek lapis sarawak nie..malam semalam baru makan..kawan balik dari sarawak belikan untuk kita...owh ya kalau tak keberatan nak minta tlg like pic kita..https://www.facebook.com/nile.com.my/photos/a.246688252050744.67746.241148439271392/1153131934739700/?type=3&theater

Balas delete



Emoticon