-->

Resepi Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap

Resepi Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap
Ramadhan ke 28, menu berbuka puasa atau sungkey kami hari ini adalah Ayam Masak Kicap. Sangat mudah resepi ni dan yang pasti sedap makan dengan nasi panas. Perghh..

Resepi Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap

Bahan A:
1/2 ekor ayam dipotong ikut suka.
1/2 cawan kicap cair
Garam dan kunyit

Bahan B:
5 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 cm halia*
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan serbuk kurma
1/2 sudu kecil jintan manis*
1/2 sudu kecil jintan putih*
Kisar Bahan ditanda *.

Bahan C:
1 biji bawang besar di hiris
(Potong 4 atau kecil)
2 biji cili merah


Cara-cara membuat:

1. Goreng ayam separuh masak yang telah digaul dengan garam dan kunyit.

2. Tumis bahan B yang dikisar dan bunga cengkih, kayu manis, bunga lawang dan serbuk kurma. Tumis hingga garing.

3. Masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata. Tambah air. Jangan terlalu banyak takut kuah terlampau cair.

4. Masukkan bahan C iaitu bawang besar dan cili merah. Gaul rata dan biarkan mendidih. Siap untuk dihidang.

Selamat memasak. 
Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap

Baca juga:

2 Comments

avatar

Singgah sebelum raya. Ain nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Tersalah komen, tersuka komen, tersibuk komen dan banyak lagi ter harap diampunkan :) Selamat pulang ke kampung halaman, Semoga selamat pergi dan balik,
Pemilik blog theathra.blogspot.my
Ain Athirah binti Anuar

Balas delete
avatar

Thanks Ain. Selamat hari raya Aidilfitri juga kt Ain. Maaf zahir dan batin.. 😉

Balas delete



Emoticon