Bekas Letak Kek atau Kuih Raya
Tau tak aku beli bekas ni bila??? Dah Raya ke 6 baru aku beli. Tu pun kebetulan pergi ke Giants sebab nak beli banquet table untuk open house raya rumah aku keesokkannya.
Kebetulan pula harga bekas ni sangatlah murah. RM6.99 sahaja!!! Murah tu. Aku apa lagi, sambar 2 terus bekas tu. Kelebihan guna bekas macam ni, kalau tetamu takda, kita boleh simpan bekas ni ke dalam peti sejuk dahulu, bagi memastikan kueh atau Kek raya tu sentiasa elok dan tidak rosak. Sayang ooo kek rosak, mahal tu kos nak buat.
Apa-apa pun, aku suka penjimatan begini. Dapat jimat kos dan praktikal digunakan.
Tags:
#My Life
0 Comments