-->

Cucurodey Paling Sedap di Kuching

Cucurodey Paling Sedap di Kuching

Tajuk tu yang tak tahan. Paling sedap tu bagi aku lah. Haha. Sebabnya aku ni peminat No 1 cucurodey, so ko tanya je kat mana nak beli cucurodey, insyaallah aku boleh jawab setepatnya. Cucurodey ni juga lebih dikenali sebagai cucur vadei, makanan India. So agak limited sikit nak jumpa orang jual kat Kuching ni.

Oklah, salah satu tempat yang ada jual cucurodey Paling Sedap ni adalah di Taman Sukma, Kuching. Kanopi color biru kalau tak silap aku. Stall cucurodey ni betul-betul dekat simpang dan berdepan dengan kedai runcit Taman Sukma ni.

Bagi aku, cucurodey di sini rasa dia memang sedap, padat, tidak berminyak dan rangup diluar, sepor di dalam. Sory, sepor tu bahasa Sarawak, kalau dalam bahasa Malaysia mungkin lembut la bersesuaian dengan term sepor ni.

Stall cucurodey di taman sukma ni juga, kalau setiap Khamis dan Jumaat petang, mereka berjual cucurodey di Pasar Tani di MJC. So jangan gatal-gatal gi ke Sukma pulak nanti ye. Harga cucurodey ni adalah RM1.00/4 biji. Selalunya aku beli dalam RM5-10. Untuk aku sorang je dah 10 biji macam tu. Haha. Rating adalah 5/5. 

Baca juga:

1 Comments

avatar

cucur rodey depan sekolah en. buyong pun sedap..cubalah

Balas delete



Emoticon