Laksa Tinot : Tukar selera MeLaksa
Kesian betul lah, punya lah dekat Laksa Tinot ni dengan tempat kediaman saya, baru hari ini berpeluang merasa Laksa Sarawak Tinot ni.
Lokasi Laksa Tinot ni adalah di Jalan Patingan, Kuching dan mereka beroperasi di kawasan rumah. Masa operasi kedai ni adalah pada sebelah pagi sahaja. Anggaran masa kalau nak ke sini adalah sekitar pukul 7-9 pagi. Datang awal tau, sebab laksa sarawak kat sini cepat SOLD OUT.
Saya bersama ibu bapa sempat sampai ke Laksa Tinot ni sebelum pukul 9 pagi dan bernasib baik, laksa masih ada. Semangkuk Laksa Sarawak sini harga nya RM4.00. Murah. Rasanya pun sedap dan kalau perencah laksa ni pekat lagi, memang makin mantap lah.
Semoga Laksa Tinot makin maju dan dapat panjangkan lagi masa operasi kedai ni. Time memang agak limited sikit.
Laksa Sarawak Tinot |
0 Comments