-->

Tempoh Lanjutan Pajak Gadai Ar-Rahnu Bank Rakyat

Tempoh Lanjutan Pajak Gadai Ar-Rahnu Bank Rakyat

Dua hari yang lepas, saya mendapat 'personal message' melalui aplikasi yang out yang bertanyakan mengenai tempoh Lanjutan Pajak Gadai Ar Rahnu Bank Rakyat.

Ok, di sini, apa yang perlu saya tekankan adalah, sekiranya anda terdesak nak guna duit dan mempunyai rantai atau gelang emas milik anda sendiri, anda boleh pajakkan emas tersebut di Ar-Rahnu Bank Rakyat atau mana-mana bank lain yang mempunyai perkhidmatan tersebut. Jangan sesekali meminjam dari ALONG ye. Dikhuatiri akan menambahkan lagi masalah anda kelak.

Setelah anda pajak emas anda di Ar Rahnu Bank Rakyat, anda akan diberi tempoh selama 6 bukan untuk menebus semula emas anda serta melangsaikan pinjaman beserta dengan upah simpan. Sekiranya setelah 6 bulan tersebut, anda masih belum dapat untuk menebus emas anda, anda boleh datang semula ke Ar Rahnu untuk menambah atau memanjangkan tempoh pajak gadai untuk 6 bulan lagi, dengan syarat anda melangsaikan upah simpan.

Pihak Ar Rahnu akan mengeluarkan satu lagi resit tempoh pajak dan juga upah simpan yang baru. Perlu diingatkan anda dibolehkan untuk menambah tempoh pajak gadai selama 3 kali sahaja (6 bulan + 6 bulan + 6 bulan).

Bagi saya, tiada yang perlu anda malu nak buat pajak gadai sekiranya terdesak nak guna duit. Sebab dengan pajak emas anda, anda dapat 60% -75% daripada nilai marhun emas serta merta. Upah simpan pun tidak tinggi. Jangan risau. Saya dah biasa buat kerja ni. Haha.

Jangan malu nak buat pajak gadai, tapi pentingkan keselamatan diri daripada nak pinjam dari Along. Ok. Selamat beramal.

* Saya kerap mention Ar Rahnu Bank Rakyat bukan sebab saya ni ejen ke apa ye, tapi saya pelanggan setia Bank Rakyat especially Ar Rahnu. 

Baca juga:

0 Comments



Emoticon