Layan Bakso Special di Ina Bakso Singkawang
Bakso. Bukan merupakan makanan favourite saya. Tapi entah kenapa, tekak tiba-tiba teringin nak merasa Bakso di Ina Bakso Singkawang ni semalam.
Ina Bakso Singkawang ni terletak di Jalan Field Force, Astana, Kuching. Masa operasi, Isnin- Jumaat: 7.00 pagi - 11 malam, manakala Sabtu dan Ahad: 5.00 petang - 11.00 malam.
Semalam saya order BAKSO SPECIAL di mana meatball atau bebola daging nya ada 6 ketul dan ada telur rebus. 3 kombinasi mee turut digunakan dalam menu Bakso ni, iaitu mee kuning, kuetiaw dan suun.
Bagi saya, Bakso di sini memang sedap dan sambal cili mereka sangat Perghhhh, pedas dan sedap! Rasa nya sangat blend bila campur dalam Bakso. Harga semangkok Bakso Special ni adalah RM6.00. Murah, sedap dan berbaloi-baloi.
Selain Bakso, terdapat menu lain juga di sini, antaranya mee Kolok, nasi goreng, mee goreng dan juga ABC. Selamat mencuba guys!
Bakso Special di Ina Bakso Singkawang |
0 Comments